Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) dengan Kepujian

Teras program ini memfokuskan kepada tiga bidang utama: Sains Kimia, Kimia Analisis, dan Kimia Persekitaran. Ia direka untuk menyampaikan pengetahuan dalam sains gunaan Kimia Analisis Persekitaran, melengkapkan pelajar dengan kemahiran analisis dan penyelesaian masalah, serta melatih mereka dalam penggunaan radas, bahan kimia, dan instrumen berkaitan. Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab bagi memastikan pembangunan negara berlaku dalam persekitaran yang bersih, selamat, sihat, dan produktif untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

Tempoh Masa

7 Semester,
3.5 tahun

Amali Kimia Asas, Amali Kimia Fizikal, Amali Kimia Tak Organik, Asas dan Aplikasi Kimia Koloid, Kaedah Penyelidikan dalam Sains Kimia, Pengenalan kepada Kemometrik, Kimia Persekitaran, Kimia Persekitaran Lanjutan, Kimia Analisis Asas, Kimia Fizikal, Kimia Fizikal Asas, Kimia Forensik, Kimia Organik Asas, Kimia Tak Organik, Kimia Tak Organik Asas, Penentuan Struktur Sebatian Kimia, Pengenalan kepada Analisis Persekitaran, Pengurusan dan Keselamatan Kimia, Prinsip Ekologi, Sistem Pengurusan Persekitaran, Teknik Elektrokimia dan Terma dalam Kimia Analisis, Teknik Pemisahan dalam Kimia Analisis, Teknik Spektroskopi dalam Kimia Analisis.

LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Kimia pada peringkat STPM.

LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Kimia pada peringkat Matrikulasi/Asasi.

PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Mempunyai Diploma dengan PNGK minimum 2.00 dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon, atau kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 bagi keputusan daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 3 bagi keputusan daripada tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Ahli Kimia
• Ahli Kimia Persekitaran
• Jurutera Persekitaran
• Pakar Kualiti Udara
• Pakar Pematuhan Kawal Selia
• Penganalisis Kualiti Air
• Pengurus Sisa Berbahaya
• Koordinator Kelestarian
• Perunding Alam Sekitar
• Ahli Sains Persekitaran

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Chm. Dr. Wan Mohd Afiq bin Wan Mohd Khalik
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) (Kepujian)
📧 wan.afiq@umt.edu.my
📞 +609-6333296

0%