UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

Program ini diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Program ini juga telah mendapat pengiktirafan beberapa badan profesional termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), CPA (Australia), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA). Program ini juga telah mengadakan usahasama dengan dua organisasi; pertamanya Salihin Chartered Accountants di mana Teaching Accountancy Firm (TAF) telah diwujudkan, dan yang kedua ialah ACCA. Pelajar yang mengikuti kursus di bawah TAF didedahkan dengan pembelajaran perakaunan, audit dan percukaian bersama industri. Manakala usahasama dengan ACCA melibatkan pelaksanaan ACCA Accelerate. Pelajar yang berdaftar di bawah ACCA Accelerate dapat menduduki peperiksaan profesional ACCA semasa tempoh pengajian di UMT; yang mana tanpanya pelajar hanya boleh menduduki peperiksaan tersebut selepas bergraduat dari UMT. Seterusnya, pelajar yang berkelayakan boleh mengikuti program SMP-ACCA INternary (SAI) di mana mereka akan mengikuti latihan industri bersama ACCA Approved Employers selama 1 tahun dan berpeluang menamatkan kertas ACCA sebelum bergraduat.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Accounting Information Systems, Advanced Accounting Information Systems, Advanced Management Accounting, Appreciation of Ethics & Civilizations, Audit, Basic Entrepreneurship, Business Ethics and Corporate Governance, Business Law, Company Law, Corporate Finance, Cost Accounting, Financial Accounting and Reporting, Financial Management, Financial Markets and Institutions, Integrated Case Study, Integrity and Anti-Corruption, Macroeconomics, Management Accounting, Microeconomics, Organisational Behaviour, Philosophy and Current Issues, Philosophy of Management, Santuni Komuniti, Seni Komunikasi, Statistical Methods for Accounting and Finance, Strategic Management, Taxation

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM : Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Mempunyai Diploma dalam bidang Perakaunan atau manamana bidang yang sesuai dengan minimum PNGK 3.00

Mendapat minimum Gred C: Matematik pada peringkat SPM

Mendapat minimum Gred D: Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Ahli Akademik
• Akauntan
• Bendahari
• Juruaudit
• Jururunding Kewangan
• Pegawai Bank
• Pegawai Kewangan
• Pegawai Penaksir Cukai
• Penganalisis Kewangan
• Penyelidik
• Setiausaha Syarikat

MAKLUMAT LANJUT
Dr. Wan Zuriati binti Wan Zakaria
Ketua Program, Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
09-6684208/4431
wzuriati@umt.edu.my
https://www..fbesd.umt.edu.my