UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) dengan Kepujian

Di dalam program yang ditawarkan, pelajar berpeluang mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan berasaskan elektrik dan elektronik, sekaligus memantapkan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan asas pemahaman dalam bidang yang berkaitan terutama dalam elektronik dan instrumentasi, dengan menekankan penyelesaian masalah, penyelidikan dan pembangunan. Para pelajar juga dilatih mengaplikasikan penggunaan instrumentasi yang efektif dan teknik-teknik terbaik dalam menyelesaikan masalah saintifik, sekaligus mempelajari kaedah pengumpulan data dan menganalisis keputusan. Pelajar juga dikehendaki menyempurnakan latihan industri melalui penempatan di agensi-agensi swasta dan kerajaan yang berkaitan. Pelajar tahun akhir pula dikehendaki menjalankan projek penyelidikan secara individu dalam penyelidikan dan pembangunan dan mengukuhkan lagi pemahaman serta aplikasi konsep fizik, elektronik dan instrumentasi.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Elektrik dan Magnet, Elektronik Analog, Elektronik Berdigit, Elektronik Kuasa, Isyarat dan Sistem, Kaedah Berangka, Keelektromagnetan, Matematik Kejuruteraan, Pengaturcaraan Asas, Peranti Elektronik, Sensor dan Transduser, Sistem Instrumentasi Moden, Sistem Kawalan, Sistem Pengukuran, Sistem Terbenam, Teknik Komputasi, Teori Litar

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM.
• Matematik T / Fizik / Kimia / Biologi

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
Mathematics M, Perakaunan, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Seni Visual, Sains Sukan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Geografi

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Sains Komputer

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi :
• Matematik / Fizik / Asas Kejuruteraan / Kimia / Biologi / Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Mekanikal / Sains Komputer

(PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi:
• Perakaunan / Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan Kewangan / Pengurusan Kewangan / Teknologi Perniagaan


Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Matematik Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer

LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran SPM :
Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Matematik Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf dalam bidang berkaitan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

ATAU

Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mempunyai kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diperakukan oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50

Mendapat Gred A pada peringkat DVM bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Jurutera Automasi
• Jurutera Kualiti
• Jurutera Sistem Elektronik
• Jurutera Instrumentasi
• Jurtera R&D
• Jurutera dan Saintis Bahan
• Jurutera IoT
• Jurutera Jualan
• Pengurusan Teknikal
• Pegawai Sains
• Pegawai Penyelidik
• Pendidik (Guru / Pensyarah)

MAKLUMAT LANJUT
Prof Madya Ts. Dr. Muhamad Zalani bin Daud
Ketua Program
09-6683414
zalani@umt.edu.my
www.ftkk.umt.edu.my