Program ini menjuruskan pelajar kepada kefahaman tentang teori pembangunan dan aplikasi bagi sistem perisian. Ini termasuk kemahiran dalam penyelesaian masalah, rekabentuk sistem perisian, pengujian perisian dan penyenggaraan sistem. Selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0, bidang sains komputer dan teknologi maklumat merupakan teknologi penggerak pembangunan sosial yang mampu mewujudkan masyarakat bermaklumat. Kedua-dua bidang ini sangat penting untuk persaingan industri. Oleh itu, bersesuaian dengan seruan kerajaan, tenaga mahir dalam jurusan kejuruteraan perisian adalah sangat diperlukan.
7 Semester
3.5 Tahun
Analisis dan Reka Bentuk Sistem, Asas Kejuruteraan Perisian, Etika dan Amalan Profesional, Kejuruteraan Keperluan Perisian, Kesenibinaan Perisian, Komputeran IoT, Pangkalan Data, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web, Pemikiran Sistem dan Logik, Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pengenalan kepada Statistik, Pengujian Perisian, Pengurusan Projek Perisian, Penjaminan Kualiti Perisian, Penyelenggaraan dan Evolusi Perisian, Projek Pembangunan Perisian Aplikasi, Rangkaian Keselamatan Siber, Reka Bentuk Antara Muka Berasaskan Web, Senibina dan Organisasi Komputer, Sistem Pengoperasian, Sistem Pintar, Struktur Data dan Algoritma, Struktur Diskrit.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Matematik T
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Sukan / Seni Visual / Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik
• Fizik / Kimia/ Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-manaDUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1)mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik Tambahan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM.
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf:-
• Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50
ATAU
• Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan
minimum PNGK 2.50
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Eksekutif Sistem Sokongan dan Bisnes Maritim
• Juru Perunding IT
• Juruanalisa Sistem
• Juruanalisa Sistem Maritim
• Jurureka Web
• Jurutera Kecerdasan Maritim
• Jurutera Perisian
• Jurutera Rangkaian
• Pakar Pembangunan Bisnes Maritim
• Pegawai IT
• Pegawai Penyelidik
• Pelatih IT
• Pembangun Sistem Perisian
• Pengaturcara dan Penganalisa Aturcara
• Penguji Perisian
• Pensyarah IT
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pentadbir Rangkaian
• Pentadbir Sistem
MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya Ts. Dr. Wan Nural
Jawahir Hj Wan Yussof
Ketua Program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
09-6683635
wannurwy@umt.edu.my