Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan terlatih serta mahir dalam teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan untuk menghasilkan makanan yang selamat dan sihat. Graduan dari program ini boleh bekerja di pelbagai agensi awam dan swasta dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi makanan, termasuk penyelidikan dan pengembangan produk makanan, perundangan dan pendidikan. Sebagai tambahan, graduan juga diberi pengetahuan keusahawanan yang membolehkan mereka berinovasi, dan usahawan bebas dalam industri makanan.
8 Semester
4 Tahun
Analisis Kimia Makanan, Asas Kejuruteraan Makanan, Asas Penyediaan Makanan, Biokimia, Biostatistik, Fizik Asas, Jaminan dan Kawalan Kualiti Makanan, Kaedah Penyelidikan Makanan, Kimia Analisis Asas, Kimia Makanan, Komoditi Makanan, Matematik Kejuruteraan, Mikrobiologi Makanan, Pembungkusan Makanan, Pemprosesan Makanan, Pengenalan Sains Makanan, Penilaian Deria, Perakaunan Perniagaan, Peralatan dalam Analisis Makanan, Perkembangan Produk, Perundangan Makanan, Prinsip Kimia Fizik, Prinsip Kimia Organik, Prinsip Pemakanan Manusia, Prinsip Pengawetan Makanan, Sanitasi Kilang Makanan, Sistem Komputer dan Aplikasi, Unit Operasi dalam Pemprosesan Makanan.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Kimia di peringkat STPM
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Kimia di peringkat Matrikulasi /Asasi
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Eksekutif Teknologi Makanan dalam Industri Makanan
• Juruanalisis Makanan
• Pakar Runding Berkaitan Penghasilan Produk Makanan
• Pegawai Jaminan / Kualiti Makanan
• Pegawai Kawalan Mutu Makanan
• Pegawai Kimia
• Pegawai Mikrobiologi
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pegawai Teknologi Makanan
• Usahawan
MAKLUMAT LANJUT
Ts. Dr. Fisal bin Haji Ahmad
Ketua Program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian
fisal@umt.edu.my
09-6684565