Program yang dibangunkan untuk memberi ilmu tentang aplikasi kaedah matematik seperti teori kebarangkalian, statistik, pengoptimuman, analisis stokastik dan teori ekonomi dalam permasalahan bidang kewangan yang meliputi pelaburan, insurans, kewangan Islam, analisis risiko dan sebagainya. Selain itu, seiring dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus teras program telah diterapkan dengan modul SAS yang memberi pensijilan SAS kepada graduan di akhir program. Pensijilan ini menjadi nilai tambah kepada graduan kerana diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai permintaan industri yang luas.Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan konsep serta teori matematik dalam kewangan.
7 Semester
3.5 Tahun
Algebra Linear, Analisis Data Topologi, Analitis Ramalan, Bahasa Pengaturcaraan Industri, Kaedah Persampelan Tinjauan, Kajian saintifik, Kalkulus Multivariate, Kebarangkalian dan Statistik untuk Analitis Data, Model Statistik Linear Gunaan, Pangkalan data, Pengenalan kepada Pembelajaran Mesin, Pengenalan kepada Sains Data, Reka bentuk eksperimen, Sains Rangkaian, Statistik Bayesian, Statistik Multivariate, Struktur dan Algoritma Data, Visualisasi Data
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik T di peringkat STPM.
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Matrikulasi / Asasi.
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Pegawai Penyelidik
• Penganalisis Kewangan
• Penganalisis Strategi Perniagaan
• Penganalisis Pelaburan
• Pegawai Bank / Perunding Pelaburan Bank
• Guru Matematik / Pensyarah
• Penyelidik Pasaran
• Eksekutif Ramalan
• Pengurus Risiko Kewangan
• Pegawai Tadbir Diplomatik
MAKLUMAT LANJUT
Prof Madya Dr. Muhamad Safiih Lola
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian
+609 668 3247
safiihmd@umt.edu.my
https://fskm.umt.edu.my