Bidang tenaga dan kuasa elektrik merupakan tunjang utama dalam pembangunan industri moden dan kelestarian teknologi masa hadapan. Tenaga kerja yang mahir dalam teknologi elektrik dan kuasa amat diperlukan bagi memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang pesat, termasuk dalam sektor tenaga lestari, automasi, dan grid pintar. Justeru, program Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) memberi penekanan kepada asas teori dan aplikasi praktikal dalam bidang ini. Graduan program ini akan memiliki pemahaman yang kukuh tentang sistem tenaga, teknologi elektrik, serta pengurusan projek perindustrian, membolehkan mereka menyumbang secara efektif kepada pembangunan teknologi yang selari dengan kehendak industri serta bakal menerajui kemajuan dalam era teknologi elektrik pintar pada masa hadapan.
8 Semester
4 Tahun
Matematik Untuk Teknologis, Pengenalan Teori Litar, Pengenalan Kepada Kaedah Penyelidikan, Pengenalan Kepada Teknologi Tenaga, Teori Litar Lanjutan, Pengukuran dan Instrumentasi Elektrik, Teknologi Mesin Elektrik, Kecekapan Tenaga, Pengurusan dan Audit, Sistem Tenaga Elektrik Lestari, Pengenalan Kepada Reka Bentuk Elektrik, Elektronik Kuasa Dan Teknologi Pemacu, Industri Automasi, Pengenalan Kepada Grid Pintar, Sistem Automasi Bangunan, Amalan Profesional Dan Perniagaan Untuk Teknologis, Teknologi Dan Aplikasi Sistem Kuasa, Teknologi Pengurusan dan Pemasaran, Teknologi Sistem Kawalan, Sistem Kuasa Elektrik Kapal dan Sistem Elektrik Perindustrian.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Mathematics T/ Physics
LEPASAN MATRIKULASI/ ASASI (SAINS/ KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/ Asasi:
• Mathematics / Physics / Basic Engineering / Mechanical Engineering / Electrical & Electronics Engineering / Computer Science / Civil Engineering
LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma/ Setaraf dalam bidang berkaitan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti
LEPASAN DVM/ DKM/DLKM
Memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.50
Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang disetarakan dengan 3 kredit SPM seperti berikut:
• PNGK akademik sama atau lebih 3.50
• PNGK Vokasional sama atau lebih 3.67 dan kompeten semua modul vokasional
• Kepujian dalam BM SVM kod 1104
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam semua mata pelajaran Matematik dan Sains peringkat Sijil Vokasional Malaysia
ATAU
Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau markah purata 80%
Mendapat sekurang-kurangnya LULUS dengan GRED C di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik
• Fizik atau Sains
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam
Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Teknologis Kuasa Elektrik
• Pegawai Sistem Penjanaan dan Pengedaran Tenaga
• Pegawai Automasi dan Kawalan Kuasa
• Pegawai Tenaga Hijau (Solar, Turbin Angin, Biomassa)
• Pegawai Operasi dan Penyelenggaraan Loji Kuasa
• Perunding Teknologi Tenaga dan Kuasa
• Pegawai Keselamatan dan Risiko Elektrik
• Pegawai Elektrik Bangunan Komersial dan Kediaman
• Pembangun Teknologi Grid Pintar dan IoT
• Pensyarah
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
MAKLUMAT LANJUT
Ts. Dr. Wan Hafiza binti Wan Hassan
Penyelaras Program Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga & Kuasa) Dengan Kepujian
whafiza@umt.edu.my
09-6683973
www.ftkk.umt.edu.my