UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian

Penumpuan program ini adalah teknologi dan aplikasi dalam industri pengeluaran sumber perikanan. Program ini akan melahirkan tenaga pakar dalam mengendali dan menyelia industri perikanan yang merupakan industri penting dalam membekal sumber utama protein negara. Industri perikanan negara perlu terus digalakkan dan diuruskan dengan lebih baik keranan ianya menyumbang 53% daripada keperluan protein negara.

TEMPOH PENGAJIAN

6 Semester
3 Tahun

Biologi Invertebrat Akuatik, Biostatistik Perikanan, Botani Akuatik, Dinamik Populasi Ikan, Ekofisiologi Organisma Akuatik, Ekologi Akuatik, Iktiologi, Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut, Kesihatan Organisma Akuatik, Mikrobiologi Persekitaran Akuatik, Pemprosesan Produk Akuatik, Prinsip Kepelautan dan Navigasi, Sains Perikanan, Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik, Teknologi Alatan Perikanan.

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T


LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik


LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang
dipohon;


ATAU


Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Juru Runding
• Pegawai Alam Sektar
• Pegawai Laut
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Sains
• Pensyarah
• Usahawan Perikanan Moden

MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya Dr. Seah Ying Giat
Ketua Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian
ygseah@umt.edu.my
09-6685172