Penumpuan program ini adalah teknologi dan aplikasi dalam industri pengeluaran sumber perikanan. Program ini akan melahirkan tenaga pakar dalam mengendali dan menyelia industri perikanan yang merupakan industri penting dalam membekal sumber utama protein negara. Industri perikanan negara perlu terus digalakkan dan diuruskan dengan lebih baik kerana ianya menyumbang 53% daripada keperluan protein negara.
6 Semester,
3 tahun
Biologi Invertebrat Akuatik, Biostatistik Perikanan, Botani Akuatik, Dinamik Populasi Ikan, Ekofisiologi Organisma Akuatik, Ekologi Akuatik, Iktiologi, Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut, Kesihatan Organisma Akuatik, Mikrobiologi Persekitaran Akuatik, Pemprosesan Produk Akuatik, Prinsip Kepelautan dan Navigasi, Sains Perikanan, Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik, Teknologi Alatan Perikanan.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Mathematics M / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Seni Visual / Sains Sukan / Information And Communication Technology / Geografi
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik / Sains Tambahan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon.
LEPASAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
Mempunyai kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diperakukan oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan
mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 2 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Juru Runding
• Pegawai Alam Sektar
• Pegawai Laut
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Sains
• Pensyarah
• Usahawan Perikanan Moden
Maklumat Lanjut
Dr. Roslizawati binti Ab. Lah
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) (Kepujian)
📧 kp_gperikanan.fspa@umt.edu.my
📞 +609-6335030