Program ini adalah dibangunkan berasaskan modul standard kursus Pegawai Navigasi Kapal Badan Maritim Antarabangsa dan prinsip-prinsip pengangkutan maritim komersial. Silibus program ini direkabentuk supaya seimbang di antara penerapan keperluan akademik di peringkat ijazah dan kompetensi untuk pegawai navigasi kapal. Program ini bakal melahirkan sumber manusia berkepakaran didalam organisasi, operasi dan pengendalian kapal secara komersil. Meningkatkan jumlah graduan mahir dengan kemahiran pelayaran dan perkapalan yang akan berkhidmat sebagai pegawai navigasi kapal.serta membantu industri maritim melalui pengurusan dan pentadbiran Pelabuhan.
8 Semester
4 Tahun
Bahasa Inggeris untuk Pengajian Maritim, Kaedah Penyelidikan, Kepelautan, Kerja Carta, Keselamatan Maritim, Kestabilan Kapal, Kompas Magnetik dan Gyro, Meteorologi Pelaut, Modul Persediaan Pegawai Dek Asas, Navigasi Cakerawala, Navigasi Lautan dan Pesisiran, Operasi Kecemasan atas Kapal, Pelayaran, Pembinaan Kapal, Pengawasan Anjungan Asas, Pengawasan Anjungan Lanjutan, Pengendalian dan Penyimpanan Kargo, Pengurusan dan Kepimpinan atas Kapal, Pengurusan Kargo, Perancangan dan Pengurusan, Sistem Navigasi Elektronik
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Matematik T
• Fizik
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM: Bahasa Inggeris
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
• Sains • Kejuruteraan • Perakaunan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi :
• Matematik
• Fizik
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM: Bahasa Inggeris
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Agensi Kerajaan atau Swasta, Jabatan Laut, Agensi
Penguatkuasaan Maritim, Lembaga Pelabuhan, Syarikat
Perkapalan dan Pelabuhan, Badan Klasifikasi Kapal, agensi
perniagaan dan perkhidmatan secara persendirian
• Leftenan Maritim
• Pegawai Dek Kapal Dagang Antarabangsa (Sijil CoC)
• Pegawai Laut
• Pegawai Navigasi Pelayaran
• Pegawai Pelabuhan
• Pegawai Pembangunan Sumber Manusia
• Pegawai Pemantau
MAKLUMAT LANJUT
Kapten Dr. Noor Apandi bin Osnin
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan Kepujian
09-6683735
apandi@umt.edu.my
www.fpm.umt.edu.my