SARJANA MUDA SAINS (SAINS NAUTIKA DAN PENGANGKUTAN MARITIM) DENGAN KEPUJIAN

Program ini dibangunkan berdasarkan modul kursus standard untuk Pegawai Navigasi Kapal oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan prinsip-prinsip pengangkutan maritim komersial. Kurikulum ini direka untuk mengimbangi keperluan akademik pada peringkat ijazah dengan kompetensi yang diperlukan bagi pegawai navigasi kapal. Program ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai kepakaran dalam organisasi, operasi, dan pengurusan komersial kapal. Ia akan meningkatkan bilangan graduan berkemahiran dalam bidang pelayaran dan perkapalan yang bakal berkhidmat sebagai pegawai navigasi kapal serta menyumbang kepada industri maritim melalui pengurusan dan pentadbiran pelabuhan.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Bahasa Inggeris untuk Pengajian Maritim, Kaedah Penyelidikan, Ilmu Pelautan, Kerja Carta, Keselamatan Maritim, Kestabilan Kapal, Kompas Magnetik dan Giro, Meteorologi Maritim, Modul Persediaan Asas Pegawai Dek, Navigasi Astronomi, Navigasi Lautan dan Pesisir, Operasi Kecemasan di Atas Kapal, Pelayaran, Pembinaan Kapal, Kawalan Anjungan Asas, Kawalan Anjungan Lanjutan, Pengendalian dan Pemunggahan Kargo, Pengurusan dan Kepimpinan Kapal, Pengurusan Kargo, Perancangan dan Pengurusan, Sistem Navigasi Elektronik

LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik Tambahan
• Fizik

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM:
• Bahasa Inggeris

Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan


LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Matematik
• Fizik

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM:
• Bahasa Inggeris

Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan


LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 3.00 dalam bidang berkaitan

ATAU

Memiliki kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengan diploma dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.

Agensi Kerajaan atau Swasta, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Pihak Berkuasa Pelabuhan, Syarikat Perkapalan dan Pelabuhan, Badan Klasifikasi Kapal, perniagaan dan perkhidmatan sektor swasta
• Leftenan Maritim
• Pegawai Dek Kapal Dagang Antarabangsa (Sijil Perakuan Kompetensi – CoC)
• Pegawai Laut
• Pegawai Navigasi
• Pegawai Pelabuhan
• Pegawai Pembangunan Sumber Manusia
• Pegawai Pemantau

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Kapt Dr. Noor Apandi bin Osman, Penyelaras Program,
Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan Kepujian
apandi@umt.edu.my
09-6683735

0%