Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian ditawarkan bagi memenuhi keperluan terhadap graduan berpengetahuan ekonomi (K-Ekonomi). Program ini memfokuskan kepada aplikasi teori ekonomi bagi menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi yang berteraskan terutamanya dalam bidang ilmu sumber alam serta pembangunan dan kewangan. Pelajar turut didedahkan kepada kaedah pembelajaran terkini seperti ekonomi digital, e-pembelajaran dan revolusi industri. Graduan program ini juga diperlengkapkan bagi memenuhi pelbagai peluang pekerjaan di sektor swasta dan awam serta sebagai usahawan muda yang mampu memacu kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
7 Semester
3.5 Tahun
Ekonometrik, Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Sumber Asli, Falsafah Pengurusan, Kaedah Penyelidikan, Makroeonomi, Mikroekonomi, Pengenalan Kepada Ekonomi Matematik, Pengurusan Hal Ehwal Ekonomi, Pengurusan Sumber Alam, Perakaunan Perniagaan, Perancangan Ekonomi, Statistik Ekonomi dan Perniagaan
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat STPM: Matematik M
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM: Bahasa Inggeris
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM: Bahasa Inggeris
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi :
• Matematik
• Fizik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM: Matematik
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E; di peringkat SPM: Bahasa Inggeris
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Broker Saham
• Pegawai Bank
• Pegawai Hal Ehwal Ekonomi
• Pegawai Pembangunan Ekonomi
• Pegawai Perancang Ekonomi
• Penasihat Ekonomi
• Penasihat Kewangan
• Penganalisis Ekonomi
• Pengurus Dana
• Pengurus Insuran dan Eksekutif
• Pengurus Kewangan
• Pensyarah Bidang Ekonomi, Guru Ekonomi
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Muhammad Najit Bin Sukemi
Ketua Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian
09-6684196/4157
najit@umt.edu.my
https://www.fbesd.umt.edu.my