Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian direka bentuk untuk memenuhi permintaan terhadap graduan berpengetahuan ekonomi (K-Ekonomi). Program ini memfokuskan kepada aplikasi teori ekonomi untuk menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi, terutamanya dalam bidang sumber alam, pembangunan, dan kewangan. Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pembelajaran moden, termasuk ekonomi digital, e-pembelajaran, dan revolusi industri. Graduan program ini dilengkapi untuk memenuhi peluang kerjaya dalam sektor swasta dan awam, serta menjadi usahawan muda yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
7 Semester,
3.5 tahun
Ekonometrik, Ekonomi Antarabangsa, Ekonomi Sumber Asli, Falsafah Pengurusan, Kaedah Penyelidikan, Makroeonomi, Mikroekonomi, Pengenalan kepada Ekonomi Matematik, Perakaunan Perniagaan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia, Statistik Ekonomi dan Perniagaan.
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B– dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Ekonomi / Matematik / Perakaunan / Pengajian Perniagaan.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B– dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.
• Broker Saham
• Pegawai Bank
• Pegawai Hal Ehwal Ekonomi
• Pegawai Pembangunan Ekonomi
• Perancang Ekonomi
• Penasihat Ekonomi
• Penasihat Kewangan
• Analisis Ekonomi
• Pengurus Dana
• Pengurus dan Eksekutif Insurans
• Pengurus Kewangan
• Pensyarah Ekonomi, Guru Ekonomi
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Muhammad Najit Bin Sukemi, Ketua Program
Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian
najiti@umt.edu.my, 09-6334196