Monday, 22/7/2024
Share This Article :
Kuala Nerus, 21 Julai 2024- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini berbangga menerima dua (2) pelajar yang merupakan atlet Kebangsaan dalam sukan bola jaring dan sukan memanah.
Nur Azra binti Azmi 18, dan Mia Tifal binti Noor Afendy, 17 masing-masing mendaftarkan diri di UMT dalam bidang Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Nur Azra merupakan atlet bola jaring kebangsaan berasal dari Kelantan, amat berbangga terpilih untuk melanjutkan pelajaran di UMT kerana minatnya yang mendalam dalam bidang sains, dan percaya pilihannya adalah tepat berikutan UMT merupakan peneraju dunia STEM terunggul di Malaysia.
Tambahnya, kelebihan yang ada sebagai atlet kebangsaan akan di gunakan sebaiknya untuk sama-sama menaikkan nama UMT dalam sukan bola jaring. Dia yang bermain di posisi petahanan menyifatkan bakatnya dalam sukan tersebut dicungkil sejak dibangku sekolah rendah.
Memandangkan Nur Azra sebelum ini bersekolah di Sekolah Sukan, pengurusan masa antara sukan dan pelajaran dapat diseimbangkan dengan baik, malah harapannya apabila bersama UMT juga dia dapat mengekalkan pembahagian masa tersebut dengan lebih efisyen.
Manakala bagi Mia Tifal yang berasal dari Pulau Pinang ini, pilihannya untuk mengikuti pengajian dalam bidang Asasi STEM merupakan pilihan yang bukan mudah untuknya memandangkan dia sebenarnya bukan dari aliran sains tulin semasa di sekolah menengah.
Namun berbekalkan minat yang mendalam dalam bdang sians dan peluang yang diberikan UMT dimana, quota untuk pelajar bukan aliran sains bagi mengikuti pengajian Asasi STEM membuka peluang untukknya meluaskan lagi minatnya untuk menerokai bidang sains.
“Alhamdulillah terima kasih UMT atas peluang ini, insyaallah saya akan lakukan yang terbaik untuk mencapai cita-cita saya”.
Ujar atlet memanah kebangsaan ini lagi, bakat yang ada dalam dirinya dalam sukan memanah akan digunakan sebaikknya untuk sama-sama menaikkan nama UMT dalam sukan memanah serta sudi untuk berkongsi kepakaran kepada pelajar-pelajar lain yang berminat dalam sukan tersebut.
Untuk rekod, Asasi UMT sejak awal penubuhannya memberi ilmu STEM melalui gabungan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang di ambil sepanjang tempoh pengajian selama setahun di UMT
Selain Nur Azira dan Mia Tifal, UMT turut menerima tiga pelajar orang asli bagi pendaftaran sesi ini.
Semantara itu Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berkata kemasukan dua pelajar atlet tersebut menjadi nilai tambah untuk UMT dalam perkembangan sukan tersebut.
“Saya berharap pelajar-pelajar baharu ini dapat memanfaatkan Minggu Jalinan Mesra (MJM) untuk lebih mengenali kampus UMT sekali gus bersedia menjadi mahasiswa yang berdaya saing.
“Suasana zaman persekolahan dan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) adalah berbeza. Justeru, mereka perlu beradaptasi dengan suasana dan pengalaman baharu belajar di kampus. Dalam konteks pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa, kita menggalakkan mahasiswa baharu ini untuk aktif dalam kegiatan ko-kurikulum kerana ia dapat menjana mereka menjadi insan yang unggul, iaitu yang mempunyai otak dan watak.
“Selain itu, di HEPA, kita sentiasa memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa terjamin. HEPA ada menawarkan bantuan Dana Siswa dan Job on Campus (JOC) untuk mahasiswa menjana pendapatan.
Proses pendaftaran kemasukan secara pandu lalu pada hari ini berjalan lancar terutamanya dengan bantuan staf dan sukarelawan yang bertugas dengan penuh dedikasi sejak awal pagi.
Untuk rekod, UMT menerima 416 pelajar sempena sesi pendaftaran kemasukan pelajar Diploma Perikanan dan Asasi STEM Sesi 2024/2025 secara fizikal yang berlangsung pada hari ini. Mereka adalah terdiri daripada 337 pelajar Asasi STEM dan 79 pelajar Diploma Perikanan.
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu