Program ini memfokuskan kepada fungsi dan kepelbagaian ekosistem untuk mengenal pasti cabaran berkaitan pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti, serta penyelesaian yang merangkumi aspek ekologi, sosial, politik, dan ekonomi.
Pelajar akan membina pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti spesies, memahami interaksi antara manusia dan ekosistem, serta menangani isu alam sekitar tropika yang berkaitan dengan biodiversiti.
8 Semester,
4 tahun
Analisis Data Biodiversiti, Biologi Pemuliharaan, Ekologi dan Biologi Lapangan, Ekologi Populasi dan Komuniti, Ekosistem Tropika, Genetik, Kaedah Penyelidikan dalam Biologi, Kepelbagaian Invertebrata, Kepelbagaian Mikroorganisma, Kepelbagaian Tumbuhan, Kepelbagaian Vertebrata, Pengurusan Hidupan Liar, Pengurusan Hutan dan Sumber Hutan, Penilaian Sumber Biodiversiti, Penulisan Scientific dalam Biologi, Sains Tanah, Taksonomi dan Sistematik Organisma
Lulusan STPM (Sains)
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Biologi pada peringkat STPM.
Lulusan Matrikulasi / Asasi (Sains / Kejuruteraan)
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Biologi pada peringkat Matrikulasi / Asasi.
Lulusan Diploma / Setaraf
Mempunyai Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
Malayan University English Test (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 bagi keputusan yang diperoleh bermula daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 bagi keputusan yang diperoleh pada tahun 2020 atau sebelumnya, dengan syarat keputusan tersebut masih sah pada tarikh permohonan.
• Ahli Botani
• Ahli Ekologi
• Ahli Zoologi
• Pegawai Alam Sekitar
• Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi
• Pegawai Hidupan Liar
• Pegawai Pemuliharaan Alam Semula Jadi
• Pegawai Penyelidik
• Perunding Alam Sekitar
Maklumat Lanjut
Dr. Nur Fariza binti M. Shaipulah
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) (Kepujian)
📧 fariza@umt.edu.my
📞 +609-6333632