Program ini menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam bidang elektrik dan elektronik, dengan fokus kepada aplikasi praktikal dalam elektronik dan instrumentasi. Ia memberi penekanan kepada penyelesaian masalah, penyelidikan, dan pembangunan, bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam instrumentasi, pengumpulan data, serta analisis. Pelajar juga akan memperoleh pengalaman praktikal melalui latihan industri di organisasi kerajaan dan swasta. Pada tahun akhir, mereka akan menjalankan projek penyelidikan untuk mendalami pemahaman mereka dalam bidang fizik, elektronik, dan instrumentasi.
7 Semester,
3.5 tahun
Elektrik dan Magnet, Elektronik Analog, Elektronik Digital, Elektronik Kuasa, Isyarat dan Sistem, Kaedah Numerikal, Elektromagnetisme, Matematik Kejuruteraan, Pengaturcaraan Asas, Peranti Elektronik, Penderia dan Transduser, Sistem Instrumentasi Moden, Sistem Kawalan, Sistem Pengukuran, Sistem Tertanam, Teknik Pengkomputeran, Teori Litar
LULUSAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu mata pelajaran: Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, atau Biologi.
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu mata pelajaran: Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Seni Visual, Sains Sukan, ICT, atau Geografi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam Matematik (SPM)
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu mata pelajaran SPM (Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik).
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu mata pelajaran:
• Matematik, Fizik, Kejuruteraan Asas, Kimia, Biologi, atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu mata pelajaran:
• Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan Kewangan, Pengurusan Kewangan, atau Teknologi Perniagaan.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam Matematik (SPM)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Bentuk dan Teknologi, Sains Komputer
LULUSAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya gred JAYYID dan Gred C+ dalam Matematik (SPM), serta Gred C dalam satu mata pelajaran berkaitan (SPM).
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Mendapat PNGK minimum 2.00 atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mendapat PNGK minimum 3.50 dan Gred A dalam Sains dan Matematik.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
• Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.
• Teknolosis Automasi
• Pegawai Kawalan Kualiti
• Teknologis Sistem Elektronik
• Teknologis Instrumentasi
• Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
• Teknologis Bahan Termaju
• Teknologis IoT
• Teknologis Pengurusan Teknikal
• Eksekutif Jualan
• Pegawai Sains
• Pegawai Penyelidik
• Pendidik (Guru/Pensyarah)
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Zalani bin Daud,
Penyelaras Program,
Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) dengan Kepujian
zalani@umt.edu.my
09-6333133