SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN INFORMATIK MARITIM DENGAN KEPUJIAN

Program merentasi disiplin ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membangunkan aplikasi teknologi komputer dalam industri maritim. Bidang dalam informatik maritim yang boleh diterokai termasuk pengurusan data maritim, sistem maklumat maritim, analitik maritim, dan visualisasi data. Memperkasakan teknologi digital, robotik, kecerdasan buatan, dan data raya adalah kritikal dalam menyokong sektor pengangkutan maritim dan perkapalan. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan holistik yang dapat memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi serta menyokong pembangunan dan penyelidikan khusus bagi industri maritim.

Tempoh Masa

7 Semester,
3.5 tahun

Analisis dan Rekabentuk Sistem, Asas Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Keperluan Perisian, Keselamatan Siber dalam Pengkomputeran IoT, Pangkalan Data, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web, Pemikiran dan Logik Sistem, Pemodelan dan Simulasi, Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pengenalan kepada Statistik, Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan, Pengurusan Projek Perisian, Prinsip Pengurusan Maritim, Projek Pembangunan Aplikasi Perisian, Rangkaian, Rekabentuk Antaramuka Berasaskan Web, Senibina dan Organisasi Komputer, Sistem Pengendalian, Sistem Pintar, Struktur Data dan Algoritma, Struktur Diskret, Teknologi Informatik Maritim dan Etika Profesional, Teknologi Maritim dan Pelabuhan

LULUSAN STPM (SAINS)
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam dua (2) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik T
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Sukan / Seni Visual / Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ATAU
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.
DAN
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam dua (2) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Kelestarian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Reka Bentuk dan Teknologi / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Penghasilan Multimedia
ATAU
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.
Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Matematik Tambahan


LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
• Mencapai PNGK sekurang-kurangnya 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.


LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
• Memiliki Diploma Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat atau setaraf dengannya dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50
ATAU
• Diploma dalam Sains dan Teknologi dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50


Malayan University English Test (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 bagi keputusan yang diperoleh bermula daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 bagi keputusan yang diperoleh pada tahun 2020 atau sebelumnya, dengan syarat keputusan tersebut masih sah pada tarikh permohonan.

• Eksekutif Sokongan Maritim dan Sistem Perniagaan
• Perunding IT
• Analis Sistem
• Analis Sistem Maritim
• Pembangun Web
• Jurutera Kecerdasan Maritim
• Jurutera Perisian
• Jurutera Rangkaian
• Pakar Pembangunan Perniagaan Maritim
• Pegawai IT
• Pegawai Penyelidik
• Pelatih IT
• Pembangun Sistem Perisian
• Pengaturcara dan Analis Pengaturcara
• Penguji Perisian
• Pensyarah IT
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pentadbir Rangkaian
• Pentadbir Sistem

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Ts. Dr. Zuriana binti Abu Bakar,
Penyelaras Program,
Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim dengan Kepujian
zuriana@umt.edu.my
09-6333988

0%