Bidang tenaga dan kuasa elektrik merupakan pilar utama dalam pembangunan industri moden dan kelestarian teknologi masa hadapan. Tenaga kerja profesional berkemahiran dalam teknologi elektrik dan kuasa amat diperlukan bagi memenuhi permintaan industri yang kian meningkat, termasuk tenaga lestari, automasi, dan grid pintar. Oleh itu, program Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) memberi penekanan kepada asas teori dan aplikasi praktikal dalam bidang ini. Graduan program ini akan memperoleh pemahaman yang kukuh mengenai sistem kuasa, teknologi elektrik, dan pengurusan projek industri. Ini membolehkan mereka menyumbang secara berkesan kepada kemajuan teknologi yang selari dengan keperluan industri serta memimpin masa depan teknologi elektrik pintar.
8 Semester,
4 tahun
Matematik untuk Teknologis I, Matematik untuk Teknologis II, Pengenalan Teori Litar, Pengenalan Kaedah Penyelidikan, Pengenalan Teknologi Tenaga, Teori Litar Lanjutan, Pengukuran dan Instrumentasi Elektrik, Teknologi Mesin Elektrik, Kecekapan, Pengurusan dan Audit Tenaga, Sistem Tenaga Elektrik Lestari, Pengenalan Reka Bentuk Elektrik, Teknologi Elektronik Kuasa dan Pemacu, Automasi Industri, Pengenalan Grid Pintar, Sistem Automasi Bangunan, Amalan Profesional dan Perniagaan untuk Teknologis, Teknologi dan Aplikasi Sistem Kuasa, Teknologi Pengurusan dan Pemasaran, Sistem Elektrik Industri, Projek Capstone, Strategi Perniagaan untuk Teknologis, Teknologi Elektronik Kuasa dan Pemacu, Sistem Kuasa Elektrik Kapal, Pengurusan Projek Industri, Latihan Industri, Projek Penyelidikan Tahun Akhir 1 dan Projek Penyelidikan Tahun Akhir 2.
LULUSAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik T / Fizik
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: • Matematik / Fizik / Kejuruteraan Asas / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Sains Komputer / Kejuruteraan Awam
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi pemohon yang memiliki kelayakan Diploma / Setaraf dalam bidang berkaitan, PNGK minimum 2.00 diperlukan dalam bidang yang berkaitan.
ATAU
Memiliki kelayakan lain yang diiktiraf dan dianggap setaraf serta diluluskan oleh Senat Universiti.
LULUSAN DVM / DKM / DLKM
Memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.50.
Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang setaraf dengan tiga kredit SPM, memenuhi syarat-syarat berikut:
• PNGK Akademik 3.50 atau lebih tinggi.
• PNGK Vokasional 3.67 atau lebih tinggi, dan kompeten dalam semua modul vokasional.
• Kepujian dalam Bahasa Melayu (Kod SVM 1104).
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam Matematik dan Sains pada peringkat SVM.
ATAU
Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dengan PNGK minimum 3.00 atau skor purata 80%.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran peringkat SPM berikut:
• Matematik
• Fizik atau Sains
Malayan University English Test (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 bagi keputusan yang diperoleh bermula daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 bagi keputusan yang diperoleh pada tahun 2020 atau sebelumnya, dengan syarat keputusan tersebut masih sah pada tarikh permohonan.
• Teknologis Kuasa Elektrik
• Pegawai Sistem Penjanaan dan Pengedaran Tenaga
• Pegawai Automasi dan Kawalan Kuasa
• Pegawai Tenaga Hijau (Solar, Turbin Angin, Biomassa)
• Pegawai Operasi dan Penyelenggaraan Loji Kuasa
• Perunding Teknologi Tenaga dan Kuasa
• Pegawai Keselamatan dan Risiko Elektrik
• Pegawai Elektrik Bangunan Komersial dan Kediaman
• Pembangun Teknologi Grid Pintar dan IoT
• Pensyarah
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Ts. Dr. Wan Hafiza binti Wan Hassan
Penyelaras Program
Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga dan Kuasa) dengan Kepujian
whafiza@umt.edu.my
09-6333973