SARJANA MUDA PENGURUSAN (PEMASARAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini direka bentuk untuk pelajar yang ingin mendalami pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pemasaran. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh pendidik berpengalaman serta pemikir industri dalam bidang pemasaran. Program ini bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab sosial dengan melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Graduan akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan serta pemasaran yang sejajar dengan keperluan industri, berkomunikasi secara berkesan, memamerkan kepimpinan berkualiti dalam kerja berpasukan, dan menyelesaikan isu pengurusan secara profesional dan beretika. Selain itu, graduan akan menunjukkan ciri-ciri keusahawanan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya.

Tempoh Masa

7 Semester,
3.5 tahun

Tingkah Laku Pengguna, Komunikasi Pemasaran Bersepadu, Pemasaran Antarabangsa, Pemasaran Elektronik, Pemasaran Perkhidmatan, Pemasaran Sosial, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Peruncitan, Pengurusan Produk, Penyelidikan Pemasaran, Strategi Penentuan Harga

LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B-} dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan.
• Sekurang-kurangnya Gred Cdalam Matematik M pada peringkat STPM

DAN

• Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

ATAU

• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM


LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan


LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dan disahkan oleh Senat Universiti.


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.

• Eksekutif Pemasaran (Pengiklanan dan Komunikasi)
• Eksekutif Khidmat Pelanggan (Sektor Perkhidmatan)
• Eksekutif Pemasaran (Sektor Perkhidmatan dan Peruncitan)
• Eksekutif Jualan (Perbankan, Peruncitan, dan Jualan)
• Eksekutif (Sektor Perniagaan dan Jualan)
• Pegawai Penyelidik Pemasaran
• Usahawan
• Perunding
• Penyelidik
• Pendidik

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Dr. Siti Falindah binti Padlee,
Penyelaras Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian
siti.falindah@umt.edu.my,
09-6334240

0%