Program ini memfokuskan kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran dan kaedah rawatan (udara, air, tanah, sisa pepejal, sisa toksik, dan penilaian impak alam sekitar). Pelajar akan memperoleh pengetahuan dalam pengurusan zon pesisir pantai, teknologi dikitar semula, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, serta dasar dan undang-undang berkaitan alam sekitar.
8 Semester,
4 tahun
Hidrologi dan Sumber Air, Kejuruteraan Bahan, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Kualiti Udara dan Pencemaran, Matematik Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Meteorologi, Pengenalan Teknologi Alam Sekitar, Pengurusan Alam Sekitar, Pengurusan Sisa Berbahaya dan Terjadual, Pengurusan Sisa Pepejal, Penilaian Impak Alam Sekitar, Perundangan dan Peraturan Am Alam Sekitar, Prinsip Kimia Analisis, Prinsip Proses Kimia, Reka Bentuk dan Grafik, Reka Bentuk Kejuruteraan Alam Sekitar, Statistik Alam Sekitar, Teknologi Rawatan Air, Teknologi Rawatan Air Sisa
LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: • Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Geografi
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan
• Atau sekurang-kurangnya gred C+ dalam Matematik pada peringkat SPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Sains / Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Reka Cipta / Prinsip Kelestarian / Sains Komputer / Grafik Komunikasi Teknikal / Grafik Komputer / Pengajian Keusahawanan / Pengajian Perniagaan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi / Asasi: • Fizik / Kejuruteraan Asas / Matematik
LULUSAN STAM
Sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) daripada mata pelajaran SPM berikut:
• Fizik
• Kimia
• Biologi
• Matematik Tambahan
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam Matematik pada peringkat SPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) daripada mata pelajaran SPM berikut: • Sains, Sains Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Kelestarian, Sains Komputer, Grafik Komunikasi Teknikal, Grafik Komputer, Pengajian Keusahawanan, Pengajian Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Mendapat PNGK minimum 2.00 atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mendapat PNGK minimum 3.50 dalam bidang Sains dan Teknologi yang berkaitan
Mendapat Gred A (4.00) dalam kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik.
Malayan University English Test (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 bagi keputusan yang diperoleh bermula daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 bagi keputusan yang diperoleh pada tahun 2020 atau sebelumnya, dengan syarat keputusan tersebut masih sah pada tarikh permohonan.
Graduan boleh menceburi kerjaya dalam pelbagai sektor alam sekitar, termasuk:
• Pegawai / Pengurus / Eksekutif / Teknolog Alam Sekitar dalam Sisa Pepejal, Sisa Terjadual, Kualiti Udara, Rawatan Air, dan Rawatan Air Sisa
• Pegawai / Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
• Perunding Alam Sekitar
• Pendidik dalam Bidang Alam Sekitar
• Penyelidik Alam Sekitar
• Pegawai / Eksekutif Kelestarian
• Juruaudit Alam Sekitar
• Analis Data Alam Sekitar
• Pegawai / Eksekutif Tenaga Boleh Baharu
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah,
Pensyarah,
Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian
wanrafizah@umt.edu.my
09-6333863