SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (SAINS TANAMAN) DENGAN KEPUJIAN

Program Sains Tanaman memfokuskan kepada pengetahuan dan teknik untuk meningkatkan produktiviti pertanian melalui kursus seperti anatomi dan pengelasan tumbuhan, genetik dan pembiakbaikan tumbuhan, fisiologi tumbuhan, sistem tanaman, teknologi pengeluaran tanaman, sains tanah, mekanisasi pertanian, teknologi pertanian presisi, kawalan perosak, penyakit dan rumpai dalam pertanian, serta teknologi benih. Objektif utama program ini adalah untuk menjana dan menyebarkan pengetahuan bagi pembangunan pertanian dalam pelbagai bidang sains tanaman.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Biokimia, Botani dan Fisiologi Tumbuhan, Entomologi Pertanian, Genetik dan Bioteknologi Pertanian, Kaedah Penyelidikan Pertanian, Mekanisasi Pertanian, Komunikasi dan Pemindahan Teknologi Pertanian, Mikrobiologi Pertanian, Patologi Tumbuhan, Pembiakbaikan Tumbuhan, Sains Rumpai, Sains Tanah Asas, Sistem dan Aplikasi Komputer, Tanaman Ladang, Teknologi Benih, Teknologi Pembentukan Baja dan Pengurusan Tanaman, Teknologi Pengeluaran Pertanian dan Makanan, Teknologi Pembibitan dan Pembiakan Tumbuhan, Teknologi Pengeluaran Tanaman Tanpa Tanih.

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Fizik / Kimia / Biologi

LEPASAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat PNGK minimum 2.00 pada peringkat STPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Biologi / Fizik / Kimia

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN)
Mendapat PNGK minimum 2.00 pada peringkat Matrikulasi.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma atau kelayakan setaraf lain yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 3 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku semasa permohonan dibuat

Graduan daripada program ini boleh menceburi kerjaya sebagai:
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pensyarah
• Pengurus Ladang
• Pegawai Pertanian
• Pegawai Penguatkuasa Biosekuriti
• Usahawan

Maklumat Lanjut

Dr. Nurul Faziha binti Ibrahim
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) (Kepujian)
📧 kp_tanaman.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334986

0%