Program ini adalah bagi pelajar yang ingin mengukuhkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pemasaran. Pembelajaran dan pengajaran dikendalikan oleh tenaga pengajar dalam bidang pemasaran dan pemikir industri. Program ini dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab sosial dengan menyediakan tenaga kerja terlatih yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pemasaran selari dengan kehendak industri. Berkomunikasi dengan berkesan, mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti dalam kerja berpasukan. Berkebolehan menyelesaikan masalah pengurusan secara profesional dan beretika. Menunjukkan ciri-ciri keusahawanan dan menghayati pembelajaran sepanjang hayat untuk perkembangan kerjaya
7 Semester
3.5 Tahun
Kelakuan Pengguna, Komunikasi Pemasaran Bersepadu, Pemasaran Antarabangsa, Pemasaran Elektronik, Pemasaran, Perkhidmatan, Pemasaran Sosial, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Peruncitan, Pengurusan Produk, Penyelidikan Pemasaran, Strategi Penetapan Harga
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik M di peringkat STPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi: Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Eksekutif Pemasaran (Pengiklanan dan Komunikasi)
• Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan (Sektor Perkhidmatan)
• Eksekutif Pemasaran (Sektor Perkhidmatan dan Peruncitan)
• Eksekutif Jualan (Perbankan, Peruncitan dan Jualan)
• Eksekutif (Sektor Perniagaan dan Jualan)
• Pegawai Penyelidikan Pemasaran
• Usahawan
• Konsultan
• Penyelidik
• Pendidik
MAKLUMAT LANJUT
Profesor Madya Dr. Siti Falindah binti Padlee
Ketua Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian
09-6684203
siti.falindah@umt.edu.my