Program ini memberi tumpuan kepada sumber hidupan laut dan bertujuan melahirkan graduan yang terlatih di dalam mengurus dan membangunkan sumber hidupan laut. Pada masa yang sama, pelajar akan didedahkan kepada ilmu menyeluruh berkaitan sains lautan yang mempengaruhi hidupan laut. Aspek penghasilan produk dari sumber hidupan marin akan diberi penekanan. Sumber terumbu karang dan hidupan laut yang kaya di Laut China Selatan akan dijadikan tumpuan semasa latihan amali pelajar.
7 Semester
3.5 Tahun
Biologi Invertebrata Marin, Biologi dan Ekologi Terumbu Karang, Biologi Vertebrata Marin, Ekologi Muara dan Bakau, Falsafah dan Isu Semasa, Kaedah & Instrumentasi Biologi Marin, Kehidupan dan Lautan, Kepelbagaian Mikrob Marin, Pendekatan Pengurusan & Penilaian Alam Sekitar, PengeluarPrimer Marin, Penghayatan Etika dan Peradaban, Planktonologi, Pengenalan kepada Bioteknologi Marin, Prinsip Biokimia Marin, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Prinsip Ekologi Marin, Marin Oceanografi Fizikal dan Geologi, Statistik dan Pengendalian Data Biologi.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik T
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Ahli Biologi Perikanan
• Pakar Genetik Marin
• Pemulihan Hidupan Liar Marin
• Pemuliharaan Marin
• Pendidik Marin
• Penganalisis Dasar Laut
• Pengurus Sumber Marin
• Perunding Alam Sekitar
• Saintis Penyelidikan Marin
MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz bin Borkhanuddin
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dengan Kepujian
hborhan@umt.edu.my
09-6683452