Program ini memberi tumpuan kepada fungsi dan kepelbagaian ekosistem untuk mengenal pasti cabaran yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti serta penyelesaian yang merentas aspek ekologi, sosial, politik dan ekonomi. Pelajar akan dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti spesies, memahami interaksi manusia-ekosistem, dan didedahkan dengan masalah alam sekitar tropika yang berkaitan dengan biodiversiti.
8 Semester,
4 tahun
Analisis Data Biodiversiti, Biologi Pemuliharaan, Ekologi dan Biologi Lapangan, Ekologi Populasi dan Komuniti, Ekosistem Tropika, Genetik, Kaedah Penyelidikan dalam Biologi, Kepelbagaian Invertebrata, Kepelbagaian Mikroorganisma, Kepelbagaian Tumbuhan, Kepelbagaian Vertebrata, Pengurusan Hidupan Liar, Pengurusan Hutan dan Sumber Hutan, Penilaian Sumber Biodiversiti, Penulisan Saintifik dalam Biologi, Sains Tanah, Taksonomi dan Sistematik Organisma
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Biologi
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Matematik M / Geografi / Ekonomi / Kimia/ Fizik/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Biologi
LEPASAN DIPLOMA/ SETARAF
Memiliki Diploma / mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 2 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Ahli Botani
• Ahli Ekologi
• Ahli Zoologi
• Pegawai Alam Sekitar
• Jurupandu Alam Semulajadi
• Pegawai Hidupan Liar
• Pegawai Pemuliharaan Alam Semulajadi
• Pegawai Penyelidik
• Perunding Alam Sekitar
Maklumat Lanjut
Dr. Nur Fariza binti M. Shaipulah
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) dengan Kepujian
📧 fariza@umt.edu.my
📞 +609-6333632