Sunday, 5/5/2024
Share This Article :
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meraikan pengamal media sekitar Lembah Kelang sempena dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Komunikasi Strategik UMT, Putrajaya baru-baru ini.
Majlis Hi-Tea Bersama Media itu bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi tersebut selain mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media dan juga gedung ilmu pelopor bidang marin di Pantai Timur itu.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menyifatkan jalinan kerjasama strategik antara pengamal media dan universiti merupakan suatu yang penting dalam menghebahkan penyelidkan kepada masyarakat umum.
“Pelbagai dapatan hasil daripada aktiviti kajian dan pemyelidikan yang dijalankan oleh para pensyarah serta penyelidik yang boleh dimanfaatkan kepada masyarakat khususnya bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan serta kualiti kehidupan.
“Kita harapkan pengamal media serta wakil-wakil agensi media untuk menggunakan platform hebahan masing-masing untuk bersama-sama universiti dalam menyebarluaskan maklumat, informasi serta program pemindahan ilmu yang telah dan akan dilaksanakan oleh UMT bagi membantu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik serta mempromosikan kelestarian alam.
Dalam majlis itu turut diadakan majlis penyerahan ole-ole raya kepada wakil pengamal media yang hadir berjumlah RM 2,000.
UMT yang ditubuhkan sebagai Pusat Perikanan pada 1979 telah melalui pelbagai peringkat evolusi berjaya menempa nama di pelbagai peringkat menerusi pencapaian akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.
Antara pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperolehi UMT iaitu penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, MyMoheS, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.