Program Nanofizik mendalami kajian tentang bahan berskala nano, melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan teknologi terkini yang relevan dengan pelbagai industri nanoteknologi seperti nanoelektronik, pensoran nano, gentian nano, bahan nano, dan peranti nano. Melalui integrasi pembelajaran berasaskan pekerjaan (3u1i), program ini menggabungkan konsep teori dengan aplikasi praktikal secara lancar, bagi memupuk pembangunan graduan yang mahir, berdaya saing, dan inovatif.
8 Semester,
4 tahun
Fizik Elektrik dan Magnet, Fizik Gelombang dan Optik, Fizik Kuantum, Fizik Marin, Fizik Matematik, Fizik Moden, Fizik Bahan Nano, Fizik Terma, Kaedah Numerikal dan Fizik Pengkomputeran, Kaedah Penyelidikan Fizik, Matematik, Mekanik Klasik, Pengaturcaraan Asas untuk Ahli Fizik, Pengenalan kepada Elektronik, Prinsip Kimia Fizikal, Prinsip Kimia Organik, Fizik Keadaan Pepejal, Teknik Nanofizik, Teknik Sains Fizik
Lulusan STPM (Sains)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) subjek pada peringkat STPM:
• Fizik / Matematik T / Kimia / Matematik M / Biologi / Teknologi Maklumat & Komunikasi
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) subjek pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Fizik / Matematik / Teknologi Maklumat & Komunikasi Asas / Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Kimia / Biologi / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Asas / Sains Komputer
PEMEGANG DIPLOMA / DVM / SETARAF
Mempunyai Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti dengan PNGK minimum 2.00 dalam bidang berkaitan Sains dan Teknologi
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 bagi keputusan daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 bagi keputusan daripada tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Pakar Nanoteknologi
• Pegawai Kawalan Kualiti
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pendidik
• Ahli Sains
• Ahli Teknologi Industri (Nanoelektronik, Peranti Nano dan Bahan Nano)
• Usahawan
Maklumat Lanjut
Prof. Madya Ts. Dr. Lee Oon Jew
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Gunaan (Nanofizik) (Kepujian) oonjew@umt.edu.my
+609-6333829