Sains Biologi ialah bidang yang menarik dan sentiasa berkembang pesat yang menerokai hidupan dalam semua bentuknya. Program ini menawarkan kurikulum komprehensif yang disampaikan oleh pengajar mahir dan pakar, memberikan pelajar pemahaman mendalam tentang sains biologi seperti biokimia, anatomi haiwan dan tumbuhan, genetik, mikrobiologi, serta biologi molekul.
6 Semester,
3 tahun
Amali dan Analisis Kimia Organik, Biokimia, Biologi Perkembangan, Biologi Sel dan Molekul, Biometri, Fisiologi Haiwan, Fisiologi Tumbuhan, Genetik, Integriti dan Antirasuah, Kaedah Penyelidikan dalam Biologi, Kultur Sel dan Tisu, Mikrobiologi Asas, Penulisan Saintifik dalam Biologi, Prinsip Ekologi, Prinsip Kimia Analisis, Prinsip Kimia Organik, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Komunikasi, Struktur dan Fungsi Haiwan, Struktur dan Fungsi Tumbuhan.
LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Biologi pada peringkat STPM.
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Biologi pada peringkat Matrikulasi/Asasi.
PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Mempunyai Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 bagi keputusan daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 bagi keputusan daripada tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Graduan program ini boleh menceburi pelbagai bidang kerjaya, termasuk:
• Ahli Biologi
• Ahli Zoologi
• Jurutera Bioteknologi
• Perunding Alam Sekitar
• Pakar Forensik
• Ahli Genetik
• Pegawai Sains
• Pembantu Penyelidik
• Pendidik Sains
• Penulis Sains
• Ahli Sains Penyelidikan
Maklumat Lanjut
Prof. Madya Ts. Dr. Fazilah binti Ariffin
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) (Kepujian)
📧 fazilah@umt.edu.my
📞 +609-6333970