Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dengan Kepujian

Sains Biologi ialah bidang yang menarik dan sentiasa berkembang pesat yang menerokai hidupan dalam semua bentuknya. Program ini menawarkan kurikulum komprehensif yang disampaikan oleh pengajar mahir dan pakar, memberikan pelajar pemahaman mendalam tentang sains biologi seperti biokimia, anatomi haiwan dan tumbuhan, genetik, mikrobiologi, serta biologi molekul.

Tempoh Masa

6 Semester,
3 tahun

Amali Kimia Organik dan Analisis, Biokimia, Biologi Perkembangan, Biologi Sel dan Molekul, Biometri, Fisiologi Haiwan, Fisiologi Tumbuhan, Genetik, Integriti dan Antirasuah, Kaedah Penyelidikan dalam Biologi, Kultur Sel dan Tisu, Mikrobiologi Asas, Penulisan Saintifik dalam Biologi, Prinsip Ekologi, Prinsip Kimia Analisis, Prinsip Kimia Organik, Santuni Komuniti, Seni Komunikasi, Struktur dan Fungsi Haiwan, Struktur dan Fungsi Tumbuhan

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Biologi di peringkat STPM.

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi / Asasi.

LEPASAN DIPLOMA/ SETARAF
Memiliki Diploma / mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 2 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Graduan program ini boleh menceburi pelbagai bidang kerjaya, termasuk:
• Ahli Biologi
• Ahli Zoologi
• Jurutera Bioteknologi
• Konsultan Alam Sekitar
• Pakar Forensik
• Pakar Genetik
• Pegawai Sains
• Pembantu Penyelidik
• Pendidik Sains
• Penulis Sains
• Penyelidik Sains

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Ts. Dr. Fazilah binti Ariffin
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) (Kepujian)
📧 fazilah@umt.edu.my
📞 +609-6333970

0%