Program ini direka bentuk untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan asas mengenai proses Bumi, termasuk geologi, geokimia, paleontologi, dan proses fizikal lautan. Ia juga memberi penekanan kepada teknologi geosains marin yang terkini, sekali gus membolehkan pelajar menganalisis dan menangani cabaran berkaitan pengurusan sumber asli serta pemuliharaan alam sekitar.
7 Semester,
3.5 tahun
Sains Bumi Asas, Pengenalan kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS), Geofizik Penjelajahan, Geokimia Marin, Geokronologi dan Stratigrafi, Geologi Malaysia dan Asia Tenggara, Geologi Petroleum, Geomorfologi, Geostatistik dan Analisis Data Geologi, Geotektonik & Geologi Struktur, Mineral dan Batuan, Oseanografi Fizikal, Paleontologi, Pengenalan kepada Penderiaan Jauh, Sains Pesisir Pantai, Sedimentologi, Tinjauan dan Penjelajahan Dasar Laut.
LEPASAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T
LEPASAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik M / Geografi
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / SAINS SOSIAL)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik
PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon
ATAU
Memiliki kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku semasa permohonan.
• Ahli Geofizik
• Ahli Geologi Ekonomi/Perlombongan
• Ahli Geologi Kejuruteraan
• Ahli Geologi Petroleum
• Ahli Geologi/Ahli Geosains
• Pakar GIS/Penderiaan Jauh
• Ahli Paleontologi
• Juruukur Tanah/Marin
• Pegawai Penyelidik/Sains
• Pendidik/Profesional Akademik
• Perunding Geologi/Alam Sekitar
Maklumat Lanjut
Gs. Dr. Muhammad Hafeez Bin Jeofry
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) (Kepujian) hafeez.jeofry@umt.edu.my
+609-6333648