SARJANA MUDA SAINS (SAINS MARIN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia terlatih dalam pengurusan sumber marin negara. Pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif mengenai sains marin, termasuk aspek oseanografi biologi, kimia, fizik dan geologi akan diberikan penekanan dalam program ini. Ia memfokuskan kepada topik semasa dalam sains marin termasuk pembangunan sumber marin, penilaian impak alam sekitar, pencemaran serta dasar-dasar marin. Program ini turut menawarkan kelebihan dari segi latihan amali di laut dan projek penyelidikan berkaitan sains marin. Hal ini mampu dicapai kerana UMT memiliki peralatan oseanografi yang ekstensif dan terkini.

Tempoh Masa

7 Semester,
3.5 tahun

Analisis Data Saintifik Marin, Sains Marin Asas, Biogeokimia Marin, Dinamik Pesisir Pantai dan Estuari, Ocean, Atmosfera dan Iklim, Matematik, Morfologi dan Pengurusan Pesisir Pantai, Oseanografi Biologi, Oseanografi Fizikal, Oseanografi Geologi, Oseanografi Kimia, Pencemaran Marin, Pendekatan Pengurusan dan Dasar Marin, Penderiaan Jauh dan GIS, Penilaian Impak Alam Sekitar, Penulisan Saintifik dan Komunikasi dalam Sains, Produktiviti Marin.

LEPASAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T / Matematik M

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik

PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 2.00 dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon

ATAU

Memiliki kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1 dan seterusnya (sah mengikut tempoh sah laku MUET semasa permohonan).

• Pegawai Pemuliharaan
• Akuaris
• Ahli Oseanografi Fizikal
• Perunding Alam Sekitar
• Kurator
• Pakar Operasi Makmal
• Pegawai Eko-pelancongan
• Juruukur Marin dan Pesisir Pantai
• Pegawai Maritim
• Pegawai Meteorologi
• Pegawai Pelabuhan Marin
• Pegawai Penguatkuasa Undang-undang Marin
• Pegawai Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan

• Pegawai Sektor Akuakultur
• Pegawai Sektor Minyak dan Gas Asli
• Pegawai Sektor Pendidikan (Pensyarah, Guru)
• Pegawai Taman Laut• Marine Park Officer
• Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
• Pengajar Selam Skuba
• Saintis

Maklumat Lanjut

Dr. Nurulnadia binti Mohd Yusoff
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Sains Marin) (Kepujian)
nurulnadia@umt.edu.my
+609-6333943

0%