Program ini bertujuan membangunkan sumber manusia terlatih di dalam pengurusan sumber lautan negara. Penekanan akan diberikan kepada ilmu teori dan praktikal sains marin yang komprehensif iaitu meliputi aspek oseanografi biologi, kimia, fizikal dan geologi. Aspek semasa yang menjadi tumpuan di dalam sains marin adalah seperti pembangunan sumber lautan, penilaian kesan alam sekitar, pencemaran dan polisi marin. Program ini juga mempunyai kelebihan dari segi latihan amali di laut dan projek penyelidikan berkaitan sains marin. Ini dapat dicapai memandangkan UMT mempunyai pelbagai peralatan oseanografi yang lengkap dan terkini.
7 Semester,
3.5 tahun
Analisis Data Saintifik Marin, Asas Sains Marin, Biogeokimia Marin, Dinamik Pinggir Laut dan Muara, Lautan, Atmosfera dan Iklim, Matematik, Morfologi dan Pengurusan Persisiran Pantai, Oseanografi Biologi, Oseanografi Fizikal, Oseanografi Geologi, Oseanografi Kimia, Pencemaran Marin, Pendekatan Pengurusan dan Polisi Marin, Penderiaan Jauh dan GIS, Penilaian Kesan Alam Sekitar, Penulisan Saintifik dan Komunikasi dalam Sains, Produktiviti Marin.
LEPASAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T / Matematik M
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 2.00 dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon
ATAU
Memiliki kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1 dan seterusnya (sah mengikut tempoh sah laku MUET semasa permohonan).
• Pegawai Pemuliharaan
• Akuaris
• Ahli Oseanografi Fizikal
• Perunding Alam Sekitar
• Kurator
• Pakar Operasi Makmal
• Pegawai Eko-pelancongan
• Juruukur Marin dan Pesisir Pantai
• Pegawai Maritim
• Pegawai Meteorologi
• Pegawai Pelabuhan Marin
• Pegawai Penguatkuasa Undang-undang Marin
• Pegawai Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Sektor Akuakultur
• Pegawai Sektor Minyak dan Gas Asli
• Pegawai Sektor Pendidikan (Pensyarah, Guru)
• Pegawai Taman Laut• Marine Park Officer
• Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
• Pengajar Selam Skuba
• Saintis
Maklumat Lanjut
Dr. Nurulnadia binti Mohd Yusoff
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Sains Marin) (Kepujian)
nurulnadia@umt.edu.my
+609-6333943