SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMPROSESAN AGRO DENGAN KEPUJIAN

Program ini direka bentuk khusus untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam pemprosesan agro dan teknologi produk pertanian. Ia memberi penekanan kepada aspek pengurusan pascatuai, termasuk pemprosesan hasil tanaman, ternakan, dan produk akuakultur, teknologi pengawetan, pembungkusan, keselamatan makanan, serta automasi dan logistik rantaian bekalan.

Di samping itu, program ini merangkumi elemen seperti standard dan peraturan berkaitan produk pertanian, pemprosesan sisa agro, dan keperluan industri makanan halal. Pendekatan holistik ini bertujuan untuk menyediakan graduan yang bersedia menyumbang kepada pembangunan sektor agro-makanan negara melalui teknologi pemprosesan yang mampan, inovatif, dan selamat.

Tempoh Masa

7 semester, 4 tahun

Teknologi Pemprosesan Tanaman, Teknologi Pengawetan dan Penyimpanan Hasil Pertanian, Teknologi Pembungkusan Pertanian, Automasi dan Simulasi Pertanian, Teknologi Pemprosesan Produk Ternakan dan Akuakultur, Analisis Keselamatan Produk Tanaman, Kaedah Penyelidikan dalam Pertanian, Standard dan Peraturan Hasil Pertanian, Operasi Rantaian Bekalan dan Logistik Pertanian, Teknologi Pengurusan Pengeluaran Agro-Makanan Halal, Penilaian Sensori Produk Pertanian, Teknologi Pemprosesan Sisa Pertanian, Agroteknousahawan dan Pemasaran Digital, Teknologi Pengurusan Perosak dan Penyakit Pascatuai, Botani dan Fisiologi Tumbuhan, Sains Tanah Asas, Biologi Pascatuai, Projek Penyelidikan Tahun Akhir, Latihan Industri.

LEPASAN STPM (ALIRAN SAINS)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Fizik / Kimia / Biologi

LEPASAN STPM (ALIRAN SASTERA)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi:
• Fizik / Kimia / Biologi

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

PEMEGANG DIPLOMA
Memiliki Diploma atau kelayakan lain yang setaraf dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
Bagi diploma dalam bidang tidak berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

LEPASAN STAM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid pada peringkat STAM.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi / Fizik / Kimia / Sains pada peringkat SPM.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 bagi peperiksaan mulai Sesi 1, 2021. Tempoh sah laku adalah 5 tahun dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

• Pegawai Pertanian
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Kualiti
• Felo Pertanian
• Pengurus Ladang
• Ahli Agronomi
• Agropreneur
• Akademik

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Ts. Dr. Aidilla binti Mubarak
Ketua Program, Sarjana Muda Teknologi Pemprosesan Agro (Kepujian)
📧 kp_agro.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334992

0%