SARJANA MUDA TEKNOLOGI PEMPROSESAN AGRO DENGAN KEPUJIAN

Program ini dirangka khusus untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pemprosesan agro dan teknologi hasil pertanian. Ia memberi penekanan kepada aspek pengurusan pascatuai termasuk pemprosesan hasil tanaman, ternakan dan akuakultur, teknologi pengawetan, pembungkusan, keselamatan makanan, serta automasi dan logistik rantaian bekalan. Selain itu, program ini turut menyentuh elemen piawaian dan undang-undang hasil pertanian, pemprosesan sisa agro, serta keperluan industri makanan halal. Pendekatan holistik ini bertujuan untuk menyediakan graduan yang bersedia menyumbang kepada pembangunan sektor agro-makanan negara melalui teknologi pemprosesan yang lestari, inovatif dan selamat.

Tempoh Masa

7 semester,
3.5 tahun

Teknologi Pemprosesan Hasil Tanaman, Teknologi Pengawetan dan Penyimpanan Hasil Pertanian, Teknologi Pembungkusan Hasil Pertanian, Automasi dan Simulasi Hasil Pertanian, Teknologi Pemprosesan Hasil Komoditi Ternakan dan Akuakultur, Analisis Keselamatan Produk Tanaman, Kaedah Penyelidikan dalam Pertanian, Piawaian dan Undang- undang Hasil Pertanian, Operasi Rantaian Bekalan dan Logistik Hasil Pertanian, Teknologi Pengurusan Penghasilan Makanan Agro Halal, Penilaian Deria Hasil Pertanian, Teknologi Pemprosesan Sisa Pertanian, Agroteknopreneur dan Pemasaran Digital, Teknologi Pengurusan Perosak dan Penyakit Lepas Tuai, Botani dan Fisiologi Tanaman, Sains Tanah Asas, Biologi Lepas Tuai, Projek Ilmiah Tahun Akhir, Latihan Industri.

LEPASAN STPM (SAINS)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Fizik/ Kimia/ Biologi

LEPASAN STPM (SASTERA)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi:
• Fizik/ Kimia/ Biologi

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Biologi / Fizik / Kimia / Sains

LEPASAN DIPLOMA

Memiliki Diploma atau kelulusan lain dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

Sekiranya diploma dalam bidang tidak berkaitan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata Pelajaran di peringkat SPM: Biologi/ Fizik/ Kimia/ Sains

LEPASAN STAM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biologi / Fizik / Kimia / Sains di peringkat SPM.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 mengikut tempoh sah lakunya ialah 5 tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

• Pegawai Pertanian
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Kualiti
• Felo Pertanian
• Pengurus Ladang
• Ahli Agronomi
• Agropreneur
• Akademik

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Ts. Dr. Aidilla binti Mubarak
Ketua Program, Sarjana Muda Teknologi Pemprosesan Agro (Kepujian)
📧 kp_agro.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334992

0%