SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini memfokuskan kepada teknologi dan aplikasi dalam industri pengeluaran perikanan. Ia bertujuan untuk melahirkan pakar yang mampu mengurus dan menyelia industri perikanan, yang merupakan sektor penting bagi membekalkan sumber protein utama negara. Industri perikanan perlu terus dipromosikan dan diurus dengan lebih baik, memandangkan ia menyumbang 53% daripada keperluan protein negara.

Tempoh Masa

6 Semester,
3 tahun

Biologi Invertebrata Akuatik, Biostatistik Perikanan, Botani Akuatik, Dinamika Populasi Ikan, Ekofisiologi Organisme Akuatik, Ekologi Akuatik, Iktiologi, Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam Makanan Laut, Kesihatan Organisme Akuatik, Mikrobiologi Persekitaran Akuatik, Pemprosesan Produk Akuatik, Prinsip Navigasi dan Keilmuan Kelautan, Sains Perikanan, Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik, Teknologi Peralatan Menangkap Ikan.

LEPASAN STPM (ALIRAN SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T

LEPASAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik M / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Seni Visual / Sains Sukan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Geografi

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat SPM: • Biologi / Fizik / Kimia / Matematik / Sains Tambahan

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: • Biologi / Fizik / Kimia / Matematik

PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 2.50 dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon

PEMEGANG DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.67

ATAU

Memiliki kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku semasa permohonan dibuat.

• Perunding
• Pegawai Alam Sekitar
• Pegawai Maritim
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Sains
• Pensyarah
• Usahawan Perikanan Moden

Maklumat Lanjut

Dr. Roslizawati binti Ab. Lah
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) (Kepujian)
📧 kp_gperikanan.fspa@umt.edu.my
📞 +609-6335030

0%