Bertujuan melahirkan kaunselor yang berkemampuan memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada ahli masyarakat yang memerlukan, merangkumi kaunseling individu, kelompok, pasangan, keluarga, bimbingan serta pelbagai lagi. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran kaunseling dalam sesi individu dan kelompok. Penguasaan kemahiran kaunseling yang cekap membolehkan kaunselor melaksanakan perkhidmatan kaunseling dengan lebih baik dan seterusnya memberikan kesan teraputik kepada klien. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh kaunselor adalah berlandaskan prinsip etika dalam perkhidmatan menolong.
8 Semester,
4 tahun
Appraisal dalam Kaunseling, e-Kaunseling, Isu-isu Etika dan Perundangan dalam Kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling Keluarga, Kaunseling Kerjaya, Kaunseling Pelbagai Budaya, Kaunseling Penyalahgunaan Bahan, Kaunseling Personel, Kemahiran Asas Kaunseling, Kesukarelawan, Maklumat Perkembangan Kerjaya, Makmal Individu, Makmal Kelompok, Pengantar Psikologi, Pengenalan Pengujian Psikologi, Penyelidikan Kualitatif, Penyelidikan Kuantitatif, Personaliti Individu, Perundingan dalam Kaunseling, Psikologi Industri, Psikologi Kesihatan, Psikologi Sosial, Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Tingkah Laku Bilazim
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik M di peringkat STPM.
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D:Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN / SAINS / SAINS SOSIAL / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Fizik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN DIPLOMA / DVM / SETARAF
Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.67 bagi Lepasan Diploma UA
Mendapat PNGK 3.00 bagi DMV
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred D: Matematik pada peringkat SPM
Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred D: Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred C) pada peringkat SVM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik 1, 2, 3 dan 4 atau setaraf
• Bahasa Inggeris 1, 2, 3 dan 4 atau setaraf
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
Agensi Kerajaan: Kaunselor
• Institut Pengajian Tinggi
• Institut Pendidikan Guru
• Jabatan Imigresen
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Kementerian Pendidikan
• Jabatan Pertahanan Awam
• Kementerian Dalam Negeri
• Kementerian Kesihatan
• Mahkamah
• Polis Diraja Malaysia (PDRM)
• Pejabat Agama
• Penjara
• Pusat Pemulihan Dadah
Agensi Swasta: Kaunselor atau Pegawai Sumber Manusia yang menyediakan perkhidmatan kaunseling
• Institut Pengurusan Wanita
• Kilang-kilang
• Kolej Swasta
• Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
• PERTIWI
• Pusat Pengasih Malaysia
• Yayasan AIDS Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Raba`Aton Adawiah @ Robiah binti Mohd Yusof
Ketua Program, Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
adawiahyusof@umt.edu.my
09-6333756