SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

Program ini direka bentuk untuk melahirkan kaunselor yang berkeupayaan memberikan perkhidmatan kaunseling terbaik kepada ahli masyarakat yang memerlukan, termasuk kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling pasangan, kaunseling keluarga, bimbingan dan banyak lagi. Program ini menekankan kemahiran kaunseling untuk sesi individu dan kelompok. Penguasaan kemahiran kaunseling yang cekap membolehkan kaunselor menyampaikan perkhidmatan kaunseling yang lebih baik serta memberikan kesan terapeutik kepada klien. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh kaunselor adalah berasaskan prinsip etika dalam perkhidmatan menolong.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Taksiran dalam Kaunseling, e-Kaunseling, Etika dan Isu Perundangan dalam Kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling Keluarga, Kaunseling Kerjaya, Kaunseling Pelbagai Budaya, Kaunseling Penyalahgunaan Bahan, Kaunseling Personel, Kemahiran Asas Kaunseling, Kesukarelawanan, Maklumat Pembangunan Kerjaya, Makmal Individu, Makmal Kelompok, Pengenalan kepada Psikologi, Pengenalan kepada Ujian Psikologi, Penyelidikan Kualitatif, Penyelidikan Kuantitatif, Personaliti Individu, Perundingan dalam Kaunseling, Psikologi Industri, Psikologi Kesihatan, Psikologi Sosial, Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Psikologi Tingkah Laku.

LULUSAN STPM (SINI)
Mencapai sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu Komunikatif / Literature in English
• Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
• Syariah / Usuluddin
• Sejarah
• Geografi
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan
• Perakaunan
• Sains Sukan

Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat STPM.

ATAU

Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.

Mencapai sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan.


LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mencapai sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Matematik
• Fizik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan

Mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.

Mencapai sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan.


LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.70 serta memenuhi perkara 2, 3, dan 4 di bawah.

ATAU

Bagi lepasan STPM/Matrikulasi tahun-tahun terdahulu, sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) dalam DUA (2) mata pelajaran daripada senarai berikut:
• Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Literature in English
• Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
• Syariah / Usuluddin
• Sejarah
• Geografi
• Matematik
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan
• Perakaunan
• Sains Sukan

Mencapai sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Matematik

ATAU

Mencapai sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM: Matematik

Mencapai sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan.


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.

Agensi Kerajaan: Kaunselor
• Institut Pengajian Tinggi
• Institut Pendidikan Guru
• Jabatan Imigresen
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Kementerian Pendidikan
• Jabatan Pertahanan Awam
• Kementerian Dalam Negeri
• Kementerian Kesihatan
• Mahkamah
• Polis Diraja Malaysia (PDRM)
• Pejabat Agama
• Penjara
• Pusat Pemulihan Dadah


Agensi Swasta: Kaunselor atau Pegawai Sumber Manusia yang menyediakan perkhidmatan kaunseling
• Institut Pengurusan Wanita
• Kilang-kilang
• Kolej Swasta
• Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
• PERTIWI
• Pusat Pengasih Malaysia
• Yayasan AIDS Malaysia

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Kamarul bin Md Shah,
Penyelaras Program, Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Kamarul.shah@umt.edu.my
09-6334198

0%