SARJANA MUDA SAINS MAKANAN (TEKNOLOGI MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, terlatih, dan berkemahiran dalam teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan bagi menghasilkan makanan yang selamat dan sihat. Graduan program ini boleh berkhidmat di pelbagai agensi awam dan swasta berkaitan sains dan teknologi makanan, termasuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan, dan pendidikan. Selain itu, graduan juga dibekalkan dengan pengetahuan keusahawanan yang membolehkan mereka bersikap inovatif dan menjadi usahawan berdikari dalam industri makanan.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Analisis Kimia Makanan, Asas Kejuruteraan Makanan, Asas Penyediaan Makanan, Biokimia, Biostatistik, Fizik Asas, Jaminan dan Kawalan Kualiti Makanan, Kaedah Penyelidikan Makanan, Kimia Analisis Asas, Kimia Makanan, Komoditi Makanan, Matematik Kejuruteraan, Mikrobiologi Makanan, Pembungkusan Makanan, Pemprosesan Makanan, Pengenalan Sains Makanan, Penilaian Sensori, Perakaunan Perniagaan, Peralatan Analisis Makanan, Pembangunan Produk, Perundangan Makanan, Prinsip Kimia Fizikal, Prinsip Kimia Organik, Prinsip Pemakanan Manusia, Prinsip Pengawetan Makanan, Sanitasi Kilang Makanan, Sistem dan Aplikasi Komputer, Operasi Unit dalam Pemprosesan Makanan.

LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Kimia pada peringkat STPM

LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Kimia pada peringkat Matrikulasi/Asasi

PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma atau kelayakan setaraf lain yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat SPM: • Kimia / Biologi / Fizik

LULUSAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid pada peringkat STAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Sains pada peringkat SPM

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku semasa permohonan.

Graduan daripada program ini boleh mengejar kerjaya sebagai:
• Eksekutif Pengilangan Makanan Halal
• Eksekutif Operasi Pengilangan Makanan
• Eksekutif Analisis Makanan
• Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk Makanan
• Perunding Produk Makanan
• Pegawai Kawalan Kualiti Makanan
• Pegawai Keselamatan Makanan
• Pegawai Pemasaran Makanan
• Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal
• Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pegawai Teknologi Makanan
• Usahawan Produk Makanan

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Ts. Dr. Norizah binti Mhd. Sarbon
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) (Kepujian)
📧 kp_makanan.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334968

0%