SARJANA MUDA SAINS MAKANAN (TEKNOLOGI MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, terlatih, dan berkemahiran dalam teknologi pemprosesan dan pengeluaran makanan bagi menghasilkan makanan yang selamat dan sihat. Graduan program ini boleh berkhidmat di pelbagai agensi awam dan swasta berkaitan sains dan teknologi makanan, termasuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan, perundangan, dan pendidikan. Selain itu, graduan juga dibekalkan dengan pengetahuan keusahawanan yang membolehkan mereka bersikap inovatif dan menjadi usahawan berdikari dalam industri makanan.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Analisis Kimia Makanan, Asas Kejuruteraan Makanan, Asas Penyediaan Makanan, Biokimia, Biostatistik, Fizik Asas, Jaminan dan Kawalan Kualiti Makanan, Kaedah Penyelidikan Makanan, Kimia Analisis Asas, Kimia Makanan, Komoditi Makanan, Matematik Kejuruteraan, Mikrobiologi Makanan, Pembungkusan Makanan, Pemprosesan Makanan, Pengenalan Sains Makanan, Penilaian Deria, Perakaunan Perniagaan, Peralatan dalam Analisis Makanan, Perkembangan Produk, Perundangan Makanan, Prinsip Kimia Fizik, Prinsip Kimia Organik, Prinsip Pemakanan Manusia, Prinsip Pengawetan Makanan, Sanitasi Kilang Makanan, Sistem Komputer dan Aplikasi, Unit Operasi dalam Pemprosesan Makanan.

LEPASAN STPM (SAINS)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Kimia di peringkat STPM

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Kimia di peringkat Matrikulasi /Asasi

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Memiliki Diploma / mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata Pelajaran Kimia/Biologi/Fizik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

LEPASAN STAM

Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains di peringkat SPM.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 2 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Eksekutif Halal Kilang Makanan
• Eksekutif Operasi Kilang Makanan
• Eksekutif Penganalisis Makanan
• Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk Makanan
• Pakar Runding Produk Makanan
• Pegawai Kawalan Kualiti Makanan
• Pegawai Keselamatan Makanan
• Pegawai Pemasaran Makanan
• Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pegawai Teknologi Makanan
• Usahawan Produk Makanan

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Ts. Dr. Norizah binti Mhd. Sarbon
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) (Kepujian)
📧 kp_makanan.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334968

0%