Program ini menawarkan pendidikan pelbagai disiplin yang merangkumi pentadbiran awam dan pengurusan alam sekitar. Ia mengguna pakai pendekatan pelbagai disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran untuk melatih pelajar menggubal dan menganalisis dasar. Kemahiran yang pelbagai ini memupuk pemikiran kritis dan kreatif sebagai asas untuk menyelesaikan masalah sosial semasa, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pembangunan sosial di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
7 Semester,
3.5 tahun
Analisis Dasar Awam, Ekonomi Politik, Etika dalam Pentadbiran Awam, Hubungan Antarabangsa, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Dasar Awam Perbandingan, Sistem Tatakelola Komuniti dan ASEAN, Pembentukan Dasar Awam, Pengenalan Falsafah Sains Sosial, Pengenalan Sains Politik, Pengenalan Makroekonomi, Pengenalan Mikroekonomi, Pengenalan Pengurusan Dasar Awam, Pengenalan Pengurusan Komuniti, Pengurusan Modal Insan, Penilaian dan Pemantauan Program, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia, Dasar dan Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia, Statistik dan Analisis Data, Teori Pentadbiran Awam.
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan
• Sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik M pada peringkat STPM
DAN
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
ATAU
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM
DAN
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dan disahkan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.
• Profesional Akademik
• Pegawai Pembangunan Komuniti
• Pegawai Penguatkuasa
• Pegawai Perhubungan Awam
• Pegawai Pentadbiran
• Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
• Penasihat Kerajaan
• Analis Dasar
• Pengurus Sumber Manusia
• Usahawan Sosial
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Dr. Rosyidah binti Muhamad,
Penyelaras Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian
rosyidah@umt.edu.my
09-6334202