Program ini menawarkan pendidikan pelbagai disiplin yang merangkumi pentadbiran awam dan pengurusan alam sekitar. Ia mengguna pakai pendekatan pelbagai disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran untuk melatih pelajar menggubal dan menganalisis dasar. Kemahiran yang pelbagai ini memupuk pemikiran kritis dan kreatif sebagai asas untuk menyelesaikan masalah sosial semasa, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pembangunan sosial di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
7 Semester,
3.5 tahun
Analisis Polisi Awam, Ekonomi Politik, Etika Pengurusan Awam, Hubungan Antarabangsa, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Komperatif Dasar Awam, Komuniti Dan Sistem Governan ASEAN, Pembentukan Dasar Awam, Pengantar Dan Falsafah Sains Sosial, Pengantar Sains Politik, Pengenalan Kepada Makroekonomi, Pengenalan Kepada Mikroekonomi, Pengenalan Pengurusan Dasar Awam, Pengenalan Pengurusan Komuniti, Pengurusan Modal Insan, Penilaian Dan Pemantauan Program, Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Malaysia, Polisi Dan Pengurusan Persekitaran Di Malaysia, Statistik Dan Analisis Data, Teori Pentadbiran Awam
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (SAINS / SAINS SOSIAL / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat Matrikulasi.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dan disahkan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
• Profesional Akademik
• Pegawai Pembangunan Komuniti
• Pegawai Penguatkuasa
• Pegawai Perhubungan Awam
• Pegawai Pentadbiran
• Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
• Penasihat Kerajaan
• Analis Dasar
• Pengurus Sumber Manusia
• Usahawan Sosial
MAKLUMAT LANJUT:
Dr. Norfatiha Binti Othman
Ketua Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian
norfatiha.othman@umt.edu.my
09-633 3484