Program ini menumpukan kepada pengurusan aktiviti pelancongan khusus bagi kawasan pulau dan pesisir pantai. Ia memberikan pelajar kefahaman mendalam mengenai prinsip pengurusan pelancongan dan pemahaman tentang tingkah laku pelancong. Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam pengurusan pelancongan di samping memupuk graduan berkeperibadian tinggi dan bersikap positif. Graduan akan memperoleh keupayaan untuk mengaplikasikan prinsip pengurusan secara berkesan dalam aktiviti pelancongan serta membangunkan kemahiran boleh pindah seperti komunikasi dan penyelesaian masalah.
6 Semester,
3 tahun
Geografi Pelancongan, Industri Pelancongan Malaysia, Kemahiran Penulisan Akademik, Pengurusan MICE/Acara, Pelancongan Antarabangsa, Pelancongan Kebudayaan dan Warisan, Pemasaran Pelancongan, Pemasaran Perkhidmatan Pelancongan, Pembangunan Produk Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Pengenalan Pelancongan, Pengurusan Pejabat Hadapan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Taman dan Rekreasi, Penyelidikan Pelancongan, Perancangan dan Pembangunan Pelancongan Pulau dan Pesisir Pantai, Operasi Perkhidmatan Makanan, Rekreasi Pelancongan Luar, Sistem Tempahan Berkomputer, Undang-Undang Pelancongan dan Hospitaliti
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan
• Sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik M pada peringkat STPM
DAN
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
ATAU
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM
DAN
• Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki diploma atau kelayakan setaraf yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.
• Pegawai Pelancongan
• Pengurus Agensi Pelancongan
• Pengurus Hotel/Resort/Taman
• Pengurus Pemasaran & Jualan
• Pengurus Khidmat Pelanggan
• Pengurus Pusat Maklumat Pelawat
• Pengurus Restoran Perkhidmatan Makanan
• Pengurus/Jurulatih Rekreasi
• Pensyarah/Guru Pelancongan
• Usahawan Pelancongan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Yusnita binti Yusof, Penyelaras Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) dengan Kepujian
yusnitayusof@umt.edu.my
09-6334280