Program ini memfokuskan kepada pengurusan pelancongan di pulau dan pesisir pantai. Pelajar akan didedahkan mengenai prinsip pengurusan aktiviti pelancongan dan juga tingkah laku pelancong. Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pengurusan pelancongan. Menghasilkan siswazah yang mempunyai karektor dan sikap diri yang positif. Siswazah yang mampu mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam aktiviti pelancongan dan kemahiran kerja yang boleh dipindahkan seperti komunikasi dan penyelesaian masalah
6 Semester,
3 tahun
Geografi Pelancongan, Industri Pelancongan Malaysia, Kemahiran Penulisan Akademik, MICE/ Pengurusan Acara, Pelancongan Antarabangsa, Pelancongan Budaya Dan Warisan, Pemasaran Pelancongan, Pemasaran Perkhidmatan Pelancongan, Pembangunan Produk Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Pengenalan Pelancongan, Pengurusan Kaunter Hadapan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Taman Dan Rekreasi, Penyelidikan Pelancongan, Perancangan Dan Pembangunan Pelancongan Pulau & Pesisir, Perkhidmatan Makanan, Rekreasi Luar Pelancongan, Sistem Penempahan Berkomputer, Undang-Undang Pelancongan Dan Hospitaliti
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (SAINS / SAINS SOSIAL / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat Matrikulasi.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Matematik di peringkat SPM.
LULUSAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki diploma atau kelayakan setaraf yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan
• Pegawai Pelancongan
• Pengurus Agensi Pelancongan
• Pengurus Hotel/Resort/Taman
• Pengurus Pemasaran & Jualan
• Pengurus Khidmat Pelanggan
• Pengurus Pusat Maklumat Pelawat
• Pengurus Restoran Perkhidmatan Makanan
• Pengurus/Jurulatih Rekreasi
• Pensyarah/Guru Pelancongan
• Usahawan Pelancongan
MAKLUMAT LANJUT:
Dr. Rahimi Abdul Halim
Ketua Program, Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian
m.rahimi@umt.edu.my
09-633 4556