Program ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Ia juga mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan profesional, termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), CPA (Australia), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA). Program ini menjalinkan kerjasama dengan dua organisasi utama: Salihin Chartered Accountants dan ACCA. Melalui perkongsian dengan Salihin Chartered Accountants, Teaching Accountancy Firm (TAF) telah ditubuhkan bagi menawarkan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam bidang perakaunan, pengauditan, dan percukaian dalam persekitaran industri. Sementara itu, kerjasama dengan ACCA pula memperkenalkan program ACCA Accelerate yang membolehkan pelajar menduduki peperiksaan profesional ACCA semasa tempoh pengajian mereka di UMT. Tanpa inisiatif ini, pelajar biasanya hanya menduduki peperiksaan tersebut selepas tamat pengajian. Di samping itu, pelajar yang layak boleh menyertai program SMP-ACCA Internary (SAI), yang menyediakan pengalaman latihan industri selama setahun bersama Majikan Diluluskan ACCA (ACCA Approved Employers). Program ini membolehkan pelajar melengkapkan pensijilan ACCA mereka sebelum bergraduan, sekali gus memberikan kelebihan daya saing dalam pasaran kerja.
7 Semester,
3.5 tahun
Sistem Maklumat Perakaunan, Sistem Maklumat Perakaunan Lanjutan, Perakaunan Pengurusan Lanjutan, Penghayatan Etika dan Peradaban, Audit, Keusahawanan Asas, Etika Perniagaan dan Tadbir Urus Korporat, Undang-undang Perniagaan, Undang-undang Syarikat, Kewangan Korporat, Perakaunan Kos, Perakaunan dan Pelaporan Kewangan, Pengurusan Kewangan, Pasaran dan Institusi Kewangan, Kajian Kes Bersepadu, Integriti dan Anti-Rasuah, Makroekonomi, Perakaunan Pengurusan, Mikroekonomi, Gelagat Organisasi, Falsafah dan Isu Semasa, Falsafah Pengurusan, Santuni Komuniti, Seni Komunikasi, Kaedah Statistik untuk Perakaunan dan Kewangan, Pengurusan Strategik, Percukaian
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B– dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat PNGK minimum 3.00 dalam Matrikulasi / Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam Perakaunan atau mana-mana bidang lain yang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik pada peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 untuk keputusan tahun 2020 atau sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku keputusan semasa permohonan dibuat.
• Profesional Akademik
• Akauntan
• Bendahari
• Juruaudit
• Perunding Kewangan
• Pegawai Bank
• Pegawai Kewangan
• Pegawai Penilai Cukai
• Penganalisis Kewangan
• Penyelidik
• Setiausaha Syarikat
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Wan Zuriati binti Wan Zakaria
Penyelaras Program, Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
wzuriati@umt.edu.my
09-6334172