Akuakultur merupakan salah satu bidang yang diberi keutamaan dalam sektor pengeluaran makanan di negara ini. Ia menyumbang kepada produktiviti negara dan meningkatkan taraf ekonomi petani serta usahawan berskala kecil yang terlibat dalam bidang ini. Sejajar dengan usaha kerajaan dan sektor swasta untuk terus meningkatkan produktiviti melalui pembangunan dan pemakaian teknologi baharu dalam sektor ini, peluang pekerjaan dalam bidang ini adalah luas dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.
8 Semester,
4 tahun
Biologi Akuatik, Biostatistik Perikanan, Bioteknologi Akuakultur, Ekonomi Akuakultur, Ekosistem Akuakultur, Sains Hayat Fizikokimia, Kejuruteraan Akuakultur, Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut, Kultur Invertebrata Akuatik, Kultur Makanan Hidup, Mikrobiologi Alam Sekitar Akuatik, Pemakanan Ikan dan Teknologi Makanan Ternakan, Pemprosesan Produk Akuatik, Pengenalan kepada Industri Akuakultur, Pengurusan Kesihatan Ikan, Pengurusan Kualiti Air untuk Akuakultur, Penulisan Saintifik Perikanan, Sistem dan Teknologi Akuakultur, Teknik Pengeluaran Akuakultur, Teknik Pengeluaran Pusat Penetasan.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM: • Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T
LEPASAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat STPM:
• Matematik M / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Seni Visual / Sains Sukan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Geografi
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat SPM: • Biologi / Fizik / Kimia / Matematik / Sains Tambahan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi/Asasi: • Biologi / Fizik / Kimia / Matematik
PEMEGANG DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan PNGK minimum 2.0 dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon
ATAU
Memiliki kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 untuk keputusan mulai Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau Band 2 untuk keputusan tahun 2020 dan sebelumnya, tertakluk kepada tempoh sah laku semasa permohonan dibuat.
• Pengurus Projek (Sektor Awam & Swasta)
• Usahawan Akuakultur
• Pegawai Perunding
• Pegawai Sains
• Saintis
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Alam Sekitar
• Pensyarah
Maklumat Lanjut
Prof. Madya Ts. Dr. Wan Nurul Nadiah binti Wan Rasdi
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Akuakultur (Kepujian)
📧 kp_akua.fspa@umt.edu.my
📞 +609-6335047