SARJANA MUDA SAINS MAKANAN (PERKHIDMATAN MAKANAN DAN PEMAKANAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains makanan secara umumnya dari segi komposisi makanan, nilai pemakanan, perundangan makanan, pengurusan keselamatan makanan, analisis makanan dan pengembangan produk. Program ini memberikan nilai tambah kepada pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran dan pengurusan yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan komersial yang semakin menitikberatkan pada penyediaan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti tinggi. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kepakaran dalam memberi nasihat tentang pengambilan jumlah makanan yang sesuai dan kaitannya dengan kesihatan kepada masyarakat.

Tempoh Masa

8 Semester,
4 tahun

Amali Penyediaan Makanan, Analisis Kimia Makanan, Biokimia, Biostatistik, Kaedah Penyelidikan Sains Makanan, Kimia Analisis Asas, Mikrobiologi Makanan, Pastri dan Bakeri, Pemakanan dan Kesihatan, Pemakanan Komuniti, Pemakanan Sepanjang Hayat, Pemakanan Terapi, Pengeluaran Makanan Komersial, Pengenalan Kimia Makanan, Pengenalan Sains Makanan, Pengurusan Keselamatan Makanan, Penilaian Deria, Perakaunan Perniagaan, Peralatan dalam Analisis Makanan, Perancangan Fasiliti Perkhidmatan Makanan, Perancangan Menu dan Perbelanjaan, Perkembangan Produk, Perundangan Makanan, Prinsip Kimia Fizik, Prinsip Kimia Organik, Prinsip Pemakanan Manusia, Prinsip Pemprosesan dan Pengawetan Makanan, Prinsip Penyediaan Makanan, Sistem Operasi Perkhidmatan Makanan.

LEPASAN STPM (SAINS)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Kimia di peringkat STPM

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Kimia di peringkat Matrikulasi /Asasi

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Memiliki Diploma / mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata Pelajaran Kimia/Biologi/Fizik/Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

LEPASAN STAM

Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains di peringkat SPM.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Eksekutif Halal
• Eksekutif Jaminan Kualiti Makanan
• Eksekutif Pengurusan & Pengeluaran Makanan di hotel, premis, dan pusat pelancongan, pusat rekreasi, kelab kesihatan & hospital, tadika swasta
• Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Makanan
• Pegawai Kawalan Kualiti Makanan
• Pegawai Penyediaan Makanan
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pengurus Katering/Restoran/Kafeteria
• Penyelidik
• Usahawan Makanan

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Dr. Siti Nur’Afifah binti Jaafar
Ketua Program, Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan & Pemakanan) (Kepujian)
📧 kp_pmp.fsma@umt.edu.my
📞 +609-6334959

0%