SARJANA MUDA SAINS (MATEMATIK KEWANGAN) DENGAN KEPUJIAN

Program yang dibangunkan untuk memberi ilmu tentang aplikasi kaedah matematik seperti teori kebarangkalian, statistik, pengoptimuman, analisis stokastik dan teori ekonomi dalam permasalahan bidang kewangan yang meliputi pelaburan, insurans, kewangan Islam, analisis risiko dan sebagainya. Selain itu, seiring dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus teras program telah diterapkan dengan modul SAS yang memberi pensijilan SAS kepada graduan di akhir program. Pensijilan ini menjadi nilai tambah kepada graduan kerana diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai permintaan industri yang luas.Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan konsep serta teori matematik dalam kewangan.

Tempoh Masa

7 Semester,
3.5 tahun

Aljabar Linear, Analisis Nyata, Derivatif Kewangan, Kalkulus, Latihan Industri, Makroekonomi, Matematik Pelaburan, Pemikiran dan Pengaturcaraan Sistematik, Pemodelan Stokastik dan Aplikasi, Pengenalan kepada Persamaan Pembezaan Stokastik, Pengoptimuman, Penyelidikan Operasi dengan SAS, Persamaan Pembezaan Biasa, Projek Tahun Akhir, Statistik, Teori Kebarangkalian dalam Kewangan

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik T di peringkat STPM.

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik M dan satu mata pelajaran lain di peringkat STPM.

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / SAINS SOSIAL / PERAKAUNAN))
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Matrikulasi / Asasi.

LEPASAN DIPLOMA/ SETARAF
Memiliki Diploma / mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 2.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 2 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Pegawai Penyelidik
• Penganalisis Kewangan
• Penganalisis Strategi Perniagaan
• Penganalisis Pelaburan
• Pegawai Bank / Perunding Pelaburan Bank
• Guru Matematik / Pensyarah
• Penyelidik Pasaran
• Eksekutif Ramalan
• Pengurus Risiko Kewangan
• Pegawai Tadbir Diplomatik

Maklumat Lanjut

Prof. Madya Dr. Binyamin bin Yusoff
Ketua Program, Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) (Kepujian)
📧 binyamin@umt.edu.my
📞 +609-6333316

0%