Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Seni Bina Kapal) dengan Kepujian mengintegrasikan sains, seni bina kapal, dan sistem kejuruteraan marin. Program ini memfokuskan kepada bidang seperti seni bina kapal, hidrostatik dan kestabilan kapal (statik dan dinamik), jentera dan instrumentasi kapal, loji kuasa marin, pengurusan dan sistem operasi kapal, serta keselamatan maritim mengikut piawaian yang ditetapkan oleh agensi keselamatan marin dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). Elemen utama merangkumi reka bentuk dan pembinaan kapal, kejuruteraan mekanikal marin, sistem elektrik dan elektronik, aplikasi perisian, serta protokol keselamatan yang digunakan dalam reka bentuk kejuruteraan, pengelasan, penyelenggaraan, dan operasi kapal serta struktur terapung yang lain. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran profesional yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri perkapalan, maritim, serta minyak dan gas.
8 Semester,
4 tahun
Sistem Automasi & Kawalan, Dinamik, Elektronik & Instrumentasi Marin, Bahan Kejuruteraan, Kejuruteraan Kakisan, Kejuruteraan Sistem Marin, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Statik, Mekanik Bendalir, Termodinamik, Seni Bina Marin, Pembinaan Kapal, Kejuruteraan Struktur, Sistem Jentera Marin, Pengaturcaraan Komputer untuk Teknolog, Pengurusan Projek, Reka Bentuk & Grafik Kapal, Sistem Penyelenggaraan & Pembaikan Marin, dan Projek Reka Bentuk Capstone.
LULUSAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran STPM:
• Matematik Tambahan atau Fizik
LULUSAN STPM (ALIRAN SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran STPM: • Matematik M, Perakaunan, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Seni Visual, Sains Sukan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, atau Geografi
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam satu (1) mata pelajaran SPM:
• Matematik atau Matematik Tambahan
DAN
Gred C dalam satu (1) mata pelajaran SPM:
• Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, atau Sains Komputer
LULUSAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam satu (1) mata pelajaran: • Matematik, Fizik, Kejuruteraan Asas, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, atau Kejuruteraan Awam
LULUSAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Baik)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam satu (1) mata pelajaran SPM:
• Matematik atau Matematik Tambahan
Dan Gred C dalam satu (1) mata pelajaran SPM:
• Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, atau Sains Komputer
Mendapat PNGK minimum 2.50 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
MALAYSIAN VOCATIONAL DIPLOMA (DVM)
A recognized Malaysia Vocational Diploma with minimum CGPA of 3.50
Grade A in DVM-level Science and Mathematics.
Malayan University English Test (MUET)
Pemohon mestilah mencapai sekurang-kurangnya BAND 3.0 bagi keputusan yang diperoleh bermula daripada Sesi 1, 2021 dan seterusnya, atau BAND 3 bagi keputusan yang diperoleh pada tahun 2020 atau sebelumnya, dengan syarat keputusan tersebut masih sah pada tarikh permohonan.
• Arkitek Kapal (Naval Architect)
• Teknolog Jentera & Instrumentasi Kapal
• Teknolog Luar Pantai & Pesisir Pantai
• Teknolog Pembinaan & Penyelenggaraan Kapal
• Perunding Reka Bentuk Kapal
• Pegawai Kawalan Kualiti (QC)
• Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
• Pegawai Operasi Marin
• Pendidik/Pensyarah
• Pegawai Agensi Piawaian
• Eksekutif Teknikal/Jualan
• Saintis/Penyelidik Marin
• Jurukur Marin
• Teknolog Marin
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Asamudin bin A. Rahman,
Penyelaras Program,
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Seni Bina Kapal) dengan Kepujian
mohdasamudin@umt.edu.my
09-6333698