Sejarah UMT

Latar Belakang UMT

Universiti Malaysia Terengganu bermula sebagai Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia, yang terletak di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Ia menyediakan kemudahan untuk pelajar dan pensyarah daripada program Perikanan dan Sains Samudera menjalankan sesi praktikal dan juga penyelidikan.

Akhirnya, Fakulti Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia (UPM) di Serdang telah dipindahkan ke Kuala Terengganu, dan Pusat tersebut bertukar menjadi kampus cawangan, yang dinamakan semula sebagai Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT) pada Jun 1996. Nama fakulti juga telah ditukar kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Profesional serta Pusat Matrikulasi.

Kemudiannya, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kemudian Kolej Universiti Terengganu telah diberikan autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan semula sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001.

Pada 1 Februari 2007, KUSTEM telah diberikan status universiti penuh, dan dengan naiktaraf tersebut, ia telah dinamakan semula dan kekal hingga ke hari ini sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

0%