- MAKLUMAT PROGRAM
Program asas dalam bidang perikanan yang berdaya saing dan mampu menyediakan pengetahuan serta infrastruktur pendidikan bagi menyokong penyebaran dan aplikasi amalan inovatif, di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan dan pengurusan alam sekitar yang mampan.
Program ini juga melahirkan graduan yang berkelayakan untuk melanjutkannya ke peringkat ijazah di Universiti Malaysia Terengganu atau institusi pengajian tinggi yang lain.
TEMPOH PENGAJIAN
4 Semester
2 Tahun
- Kursus Teras
Sains Perikanan, Teknologi Penangkapan Ikan, Biologi & Bioteknologi Perikanan, Ekosistem Perikanan & Akuakultur, Dinamik Populasi Ikan, Pemakanan Ikan, Pemprosesan Produk Akuatik, Keusahawanan, Teknik Pembiakan Ikan, Perikanan Rekreasi, Pengurusan Sumber Perikanan, Prinsip Akuakultur, Renang & Keselamatan Air.
- SYARAT PROGRAM
SPM (Tahun Semasa / Bukan Tahun Semasa)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam Sains.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran elektif daripada kategori berikut:
• STEM Sains Gunaan & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional
• Elektif Sastera Gunaan & Sains Kemanusiaan
• Elektif Bahasa
• Elektif Pengajian Islam
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Kimia / Fizik / Biologi
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran tambahan yang belum diambil kira.
- PROSPEK KERJAYA
• Penolong Pegawai Perikanan
• Penolong Pegawai Penyelidik
• Penolong Pegawai Sains
• Penolong Pegawai Maritim
• Usahawan Perikanan
Maklumat Lanjut
Dr. Mohd Fazrul Hisam bin Abd Aziz
Ketua Program, Diploma Perikanan
📧kp_dperikanan.fspa@umt.edu.my
+609-6334533