- MAKLUMAT PROGRAM
Menjadi program dasar dalam bidang perikanan yang mampu berdaya saing serta mampu menyediakan ilmu dan prasarana pendidikan yang boleh diguna pakai bagi menyebar dan mengaplikasi ilmu berinovatif serta bersifat pemangkin kepada pembangunan modal insan dan pengendalian persekitaran secara mapan.
Melahirkan graduan yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaysia Terengganu atau di institusi pengajian tinggi yang lain.
TEMPOH PENGAJIAN
4 Semester
2 Tahun
- Kursus Teras
Sains Perikanan, Teknologi Tangkapan, Biologi & Bioteknologi Perikanan, Ekosistem Perikanan & Akuakultur, Dinamik Populasi Ikan, Pemakanan Ikan, Pemprosesan Produk Akuatik, Keusahawanan, Teknik Pembiakbakaan Ikan, Perikanan Rekreasi, Pengurusan Sumber Perikanan, Prinsip Akuakultur, Renang & Keselamatan Air
- SYARAT PROGRAM
SPM (Tahun Semasa / Bukan Tahun Semasa)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam Sains.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi/ Mata Pelajaran Vokasional), Elektif Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan, Elektif Bahasa, Elektif Pengajian Islam
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
• Kimia / Fizik / Biologi
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran tambahan yang belum diambil kira.
- PROSPEK KERJAYA
• Penolong Pegawai Perikanan
• Penolong Pegawai Penyelidik
• Penolong Pegawai Sains
• Penolong Pegawai Laut
• Usahawan Perikanan
Maklumat Lanjut
Dr. Mohd Fazrul Hisam bin Abd Aziz
Ketua Program, Diploma Perikanan
📧kp_dperikanan.fspa@umt.edu.my
+609-6334533